Monday, November 23, 2009

Ops Selamatkan Kucing

Petang tadi semasa saya hendak meninggalkan sekolah menuju ke PPD, saya telah didatangi oleh 2 orang lelaki yang mengadu ada seekor kucing telah terperangkap di balkoni luar bilik guru sejak 2 hari lepas. Lelaki-lelaki tersebut membawa bersama seekor ikan goreng untuk diberi kepada kucing tersebut. Mereka telah melihat kucing tersebut dari Restoran D'Desa yang berada betul-betul berhadapan dengan bilik guru. Cuti hujung minggu menyebabkan tiada siapa perasan akan kucing tersebut.
     Dengan menggunakan tangga, mereka telah cuba menurunkan kucing tersebut tetapi kucing itu ketakutan sambil mengiau dengan kuatnya dan melompat dari satu balkoni ke satu balkoni hingga ke hujung balkoni bersebelahan kotak penghawa dingin. Puas juga lelaki itu memujuk sikucing. Akhirnya dengan menggunakan umpan ikan goreng yang dibawa, dapat juga mereka menyelamatkannya. Kucing tersebut kemudiannya terus berlari walaupun disua dengan ikan tadi. Kata mereka; "Sombong betul kucing liar ni" Tetapi ikan tersebut ditinggalkan juga di bawah kereta untuk dijamah oleh sang kucing bila-bila ia berhajat nanti. Terima kasih warga yang prihatin!
  
Usaha-usaha memujuk si kucing sedang dilakukan  
Pujukan hampir berjaya
  
Akhirnya si kucing menyerah diri

Happy ending hehe...

4 comments:

  1. saya baru tengok dokumentari tentang kucing. sebenarnya ia berupaya memusingkan badan semasa jatuh supaya dapat landing dengan baik tanpa kecederaan atau kecederaan minima. tak macam kita, kalau jatuh macam nangka gugur.

    ReplyDelete
  2. Oh ye ke? Apasal kucing tu tak nak turun sendiri? Pada mulanya lelaki 2 orang tu cakap kucing tu dah 2 minggu kat verandah tu tapi saya tak percaya. Mana mungkin murid2 & guru2 tak perasan kucing tu kat situ semasa sesi persekolahan. Entah ya entah tidak 2 hari. Mungkin baru sehari, takkan kucing tu penakut sangat nak terjun. Misteri!

    ReplyDelete
  3. mungkin dia tengah pikir nak bunuh diri kot.

    ReplyDelete
  4. Dia frustlah tu kantin tempat dia cari makan dah tutup.....

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...