Friday, April 30, 2010

Dah balik kursus

Selesai sudah saya mengikuti kursus Pengurusan Pembangunan Sekolah Untuk Guru Besar SK Dalam Progam Memperkasa Sekolah Kebangsaan di Institut Aminuddin Baki, Genting Highlands. Alhamdulillah kursus berjalan lancar dan saya pun dah selamat sampai ke rumah. Peserta kursus terdiri daripada Guru Besar dan wakil Guru Besar (kebanyakannya Guru Penolong Kanan) dari sekolah-sekolah negeri Selangor dan Kuala Lumpur yang semuanya berjumlah 31 orang. Kepada rakan-rakan peserta kursus, selamat mempraktikkan apa yang telah kita pelajari ke dalam pengurusan sekolah masing-masing. Semoga kita bertemu lagi di kursus sekolah perkasa yang akan datang.
 Hostel IAB yang selesa
Hari ke-2 : Tn. Hj. Muhsin Hj. Marzuki - "Pembinaan Pasukan"
 Buat kumpulan 1 sen - 1 ringgit
Sedang mencari pasukan masing-masing
Sibuknya kak Milah mengambil gambar
Bersama member baik; Akmal dan cikgu Norhamshah
Pn. Hjh Rosnani Kamaruddin - sambung topik teamwork
Datang IAB dengan kak Samsidar
Senyuman manja....
Seronok jumpa kak Milah
En. Azami Ibrahim : "Tanggungjawab Teras Pengetua / Guru Besar". Banyak perkembangan terkini NKRA & SIP telah disampaikan kepada peserta
Malam : Turun Melawati dengan cikgu Yahaya, Wan dan kak Milah cari hadiah pensyarah. Singgah makan-makan
Hari ke-3 : Perbincangan kumpulan
Tekun membaca kajian kes
Senyum dalam serius
Khusyuk membincang bidang kompetensi
Pembentangan kumpulan 2 oleh cikgu Hamshah
Jadi pembentang kumpulan 3
Pengurus yang best : Pn. Nazhatul Shima Abd Aziz
Penghulu : cikgu Ibrahim Shahadan
Penghuluwati : kak Milah
Bendahari : Kayo den sokojap
 Peserta paling muda : cikgu Ahmad Huzaimi Mamat. Selalu kena buli dek pensyarah dan peserta
Suasana dalam kelas
Cantiknya lakaran nama kak Sa'diah ni
Kak Milah mengacara majlis penutup
Ucapan perasmian Ketua Jabatan, Jabatan Memperkasa Sekolah, IAB : En. Abdullah bin Seman
Kenangan bersama Pn. Nazhatul Shima, Pn. Meriam dan rakan-rakan peserta kursus
Sebelum balik, semua peserta diminta menjalani ujian oral MBMMBI dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Sebelum itu, kami juga telah diberi ujian dan soal selidik berkaitan program Memartabat B.Melayu Memperkasa B.Inggeris itu. Ok see you all soon...

15 comments:

  1. Salam Aida..

    selamat mempraktikkan apa yang telah dipelajari. Semoga sentiasa maju jaya. :)

    ReplyDelete
  2. takde citer psl makanan pon.....hehe

    ReplyDelete
  3. makanan sedap lah tu...atau bekalan banyak dalam bilik tu...aku ke sana 11-14 ni...pengurusan projek...jom aida, sekali lagi ke IAb

    ReplyDelete
  4. Salam...
    Welcome back...lama x update blog yer...
    Semoga S.K.K.W terus cemerlang..

    ReplyDelete
  5. Wah bestnye kursus...Nanti kursus lagi ye...

    ReplyDelete
  6. Aida, seronok baca laporan aida..agaknya itulah lagak gaya cikgu2 sekolah aida seronok baca blok aida..mmg interesting...aida emaillah kat kwn yg hadir kursus tu baca laporan ni dalm blog aida...oral ari tu macam mana...thanks a lot jadi bendahari tolong akak..beli hadiah dan yg best aida belanja makan kat De templer. lain kali akak belanja aida tau...

    ReplyDelete
  7. salam buat kak aida...
    nanti boleh la kongsi ilmu tu...

    ReplyDelete
  8. Semoga dapat memperingkatkan lagi prestasi dlm pembelajaran murid2..

    ReplyDelete
  9. Salam kengkawan, sorry lepas je buat entri pasal kursus hari tu terus internet ada problem. Sampai la ni tak boleh online. Tadi dah call TM buat aduan streamyx. Ni kat sekolah nak jengah kawan-kawan dan reply komen U all. One by one, kay:

    Kakcikseroja : Itulah harapan kami. Semoga dapat mempraktikkan apa yang telah dipelajari.

    Ybs : Tak ada cerita pasal makanan tak bermakna makanan kat sana best. Menu oraitlah macam biasa, tapi servis agak teruk. Satu hari tu kami habis lambat, makanan dah habis. Makan nasi lauk kuah je sambil tunggu depa goreng ayam. Habis makan, bukan saja ada ayam goreng tapi ada sambal udang dan ikan kari lagi. Hairan bin ajaib? Nak tau, kitorang makan lagi second round lauk pauk yang baru menjelma tu. Rezeki jangan ditolak.

    Kembara Kelana : Selamat berkursus. Rasanya PPD saya tak bagi pi kursus IAB tu kerap-kerap. Gawatlah katakan.

    Cik Shin-Ju : Semoga berkat doa cik dan warga SKKW akan termakbul hendaknya.

    Mantan : Memang best kursus ni. Rasa macam nak kursus selalu tapi apakan daya.

    Kak Milah : Tqvm sebab selalu promote blog saya ni kat member2 dan boss2 kita. Rasanya biasa2 je blog saya ni tapi kalau akak dan cikgu2 saya rasa seronok, jadi semangat buat saya. Bagus juga idea akak tu. Nanti saya emel kat member2 kursus kita hari itu tentang laporan ni. Tahniah buat akak kerana jadi Datin. Itulah dia kawan-kawan saya - serba boleh! Thanks juga sebab bawa kitorang turun Melawati cari hadiah. Okay lain kali kita makan-makan lagi...

    Pak Long : Boleh aje, nanti kita kongsi apa-apa ilmu yang baik. Pak Long pun banyak kepakaran yang saya tak reti. Nanti share ya.

    Sayangsayangibu : Insya Allah. Semoga prestasi anak-anak akan dapat ditingkatkan.

    ReplyDelete
  10. salam Kak Aida..
    nampak hebat semua wakil2 ni
    dalam berkursus..saya terpegun wakil yang
    termuda tu..dah jadi wakil ke?hebat..

    ReplyDelete
  11. Salam Zul. Kami pun heran gak. Agaknya sibuk benarlah wakil terdekat GB sekolah tu. Untung cikgu Jimie, muda-muda dah dapat ilmu pengurusan.

    ReplyDelete
  12. Terima kasih belanja makan..semoga terus murah rezeki

    ReplyDelete
  13. Sama-sama Wan. Harap-harap begitulah hendaknya.

    ReplyDelete
  14. Aslmkm.
    Harap isi kursus memanafaatkan anak watan kita. :)

    ReplyDelete
  15. Wsalam cikDah. Isi kursus bukan saja bermanfaat untuk anak watan kita, tapi mantop dan bertaraf dunia lagi.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...