Perbincangan di antara pihak sekolah dengan Petronas Dagangan Berhad (PDB) telah bermula seawal bulan Februari 2010 lagi. Mengikut perancangan, PDB akan menyumbang beberapa program dan bahan untuk murid-murid dan warga sekolah ini. Antara lain;
1. Mengadakan dan menaja program motivasi untuk semua murid Tahun 6 selama 2 hari pada 26 dan 27 Jun 2010
2. Menyumbang buku-buku bacaan dan mewujudkan Perpustakaan Mini di PSS
3. Menaja lawatan 1 bas murid Tahun 6 ke KLIA pada 1 Julai 2010
Hari ini, pihak PDB telah datang ke sekolah mengadakan taklimat ringkas pada sebelah pagi dengan pihak pentadbir dan guru-guru Tahun 6 sebagai persediaan mengadakan program Motivasi esok. Pada sebelah petangnya, mereka telah membuat persiapan intensif dari segi tempat, peralatan LDK, banner dan sebagainya.
Lebih 20 orang tenaga fasilitator akan berkampung di sekolah selama 2 hari tersebut. Mereka terdiri daripada pegawai-pegawai PDB dari seluruh negara termasuk KLCC K.Lumpur, P.Pinang, Pahang, Johor, Sabah dan Sarawak. Wow jauh tu - terasa istimewa betul kami ni. Bahkan mereka bertugas di pelbagai unit - pemasaran, kewangan, IT dll. Pihak sekolah ingin mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada pihak PDB kerana sudi memberi sumbangan dan menjalankan khidmat sosial di sekolah kami. Hanya Allah jua yang akan membalas budi baik tuan/puan itu.
Mini library Petronas dalam pembikinan
Tak sangka dapat sumbangan komputer juga dari PDB
Pc untuk kegunaan PSS. Terima kasih!
Kotak-kotak komputer dan sebahagian buku PSS
Bilik Muzik jadi port fasilitator PDB menyediakan bahan-bahan kem motivasi esok
Ceria
Bekerjasama
Bersama 'penghulu' fasi - En. M.Khir bin Amir Hamzah
Bergambar kenangan dengan tenaga penggerak program
Kerja-kerja menggantung banner
Ceria
Bekerjasama
Bersama 'penghulu' fasi - En. M.Khir bin Amir Hamzah
Bergambar kenangan dengan tenaga penggerak program
Kerja-kerja menggantung banner
Program ini akan turut dibantu oleh guru-guru Tahun 6 pada 2 hari tersebut. Insya Allah saya akan merasmikan acara pembukaan esok dan YDP PIBG akan hadir untuk upacara penutup pada hari Ahad bersama pegawai-pegawai atasan dari Petronas Dagangan Berhad. Saya mohon maaf tak dapat turut serta pada hari Ahad kerana perlu ke Ipoh...... Saya harap GPK dan guru-guru dapat memastikan segala-galanya berjalan lancar.
Salam. Tahniah kerana sekolah cikgu terpilih. Tak sia-sia saya menjadi pelanggan setia Petronas selama ini.
ReplyDeleteSyabas juga kerana cikgu sendiri akan rasmikannya !
Tahniah...
ReplyDeleteSalam tuan lavendari. Memang tak sia-sia kita melanggan Petronas.
ReplyDeleteSalam ckLah. Terima kasih. Tumpang sekaki