Wednesday, June 16, 2010

Malisha tempat ke-5

Ingat lagi tak anak murid saya; Malisha Nur Kamaliah binti Mustaffa Kamal yang mewakili Selangor ke MSSM pada bulan Mei yang lalu? Ceritanya klik di sini. Sebenarnya ibu Malisha dah lama bagi saya beberapa keping gambar penyertaan Malisha dalam kejohanan kebangsaan tersebut sebagaimana yang saya minta. Cuma saya tak berkesempatan nak scan dan kongsikan bersama di blog ini. Hari ni barulah ada masa.
   Untuk pengetahuan semua, Malisha bukan sahaja bertanding untuk acara Lompat Jauh P12 bahkan mewakili negeri dalam acara 4 X 200 meter P12. Lebih membanggakan lagi, dalam kedua-dua acara tersebut, Malisha mendapat tempat ke-5. Tahniah dan setingi-tinggi penghargaan buat Malisha. Kejayaan yang sangat cemerlang bagi beliau dan sekolah ini!
   Setelah kembali ke sekolah, kini Malisha bersama murid-murid Tahun 6 yang lain sedang bertungkus-lumus bersedia untuk menduduki UPSR yang akan berlangsung pada bulan September nanti. Semoga Malisha berjaya mengharumkan nama sekolah dan keluarganya sepertimana yang dilakukan dalam bidang sukan yang diminatinya itu. Insya Allah dengan kejayaan dalam bidang akademik ditambah pencapaian kokurikulum hebatnya itu, Malisha akan dapat menempatkan dirinya di mana-mana sekolah ternama kelak. Kita doakan bersama-sama.
Malisha (kanan) bersama Ain (Hulu Langat); rakan sepasukan 4X200m P12 bersiap dari Hotel New York, Johor Bharu ke Stadium Larkin
Bersedia untuk lompat jauh P12. Mendapat tempat ke-5 daripada 14 negeri
Bersedia untuk acara akhir 4 X 200m P12. Malisha lane 1. Dapat tempat ke-5 daripada 12 negeri

11 comments:

  1. Tahniah Malisha...
    Tahniah sekolah Malisha (terutama jurulatihnya)
    Tahniah juga Guru Besarnya...


    psst: ckLah suka tengok reaksi pengetua cklah kalau ada muridnya mencapai kejayaan. Kalau kalah pun, kata-katanya tetap memberangsangkan. Caranya tu membuat semua orang berusaha keras nak capai kejayaan....seronok dapat pengetua begitu.

    ReplyDelete
  2. Boleh terus dimajukan bakatnya tu...

    ReplyDelete
  3. Salam Zaid, ckLah dan tuan mantan. Terima kasih. Keluarga Malisha adalah tulang belakang kejayaan Malisha ini. Guru-guru turut berbangga. Tambahan peribadi Malisha sendiri sangat terpuji : tak sombong, hormat orang tua dan rajin. Semoga kejayaan bersamanya pada masa depan

    ReplyDelete
  4. tahniah buat malisha dan guru guru serta semua pelajar di sekolah tu..
    bertambah lagi jumlah atlit negara

    ReplyDelete
  5. Salam ziarah Cikgu.
    Syabas utk pelajar ini. Semoga terus menempah kejayaan di masa akan datang.

    ReplyDelete
  6. Salam ssibu & Sitija. Tkasih atas ucapan semangat kalian.

    ReplyDelete
  7. Sorak 'hurray' dan tepuk tangan untuk Malisha.

    ReplyDelete
  8. salam...
    tahniah buat adik dan semua jurulatih serta yang menjadi pengerak kepada kejayaan nya..
    moga akan jadi atlit tersohor suatu hari nanti..

    ReplyDelete
  9. Salam kak Nora. Hooray!!!

    Salam Pak Long. Tq3

    ReplyDelete
  10. Aslmkm Cikgu.
    Semoga masa depanya cerah.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...