Tuesday, August 3, 2010

Belanja KFC

GB belanja lagi! Kali ini untuk murid-murid Tahun 6 yang mendapat keputusan 5A dalam Peperiksaan Percubaan UPSR. Jamuan telah diadakan di kantin sekolah semasa Rehat Tahap 1 dan 2. Peperiksaan Percubaan tersebut telah dijalankan pada 19 - 21 Julai 2010 yang lalu. Peperiksaan ini anjuran JPN Selangor dengan kerjasama MGB Selangor. Ia dikenali sebagai Program Peningkatan Prestasi Akademik 2 (PPPA 2) di mana soalannya adalah setara seluruh negeri Selangor.
   Kalau dulu semasa Peperiksaan Setengah Tahun (PST), cuma 6 orang sahaja mendapat keputusan 5A, kali ini bilangan murid 5A telah bertambah menjadi 10 orang. Keenam-enam murid 5A yang lepas kekal dan ditambah lagi 4 orang muka baru. Apa yang lebih membanggakan lagi, bilangan murid yang mendapat 4A 1B juga telah bertambah daripada 9 orang kepada 12 orang. Bahkan peratus kelulusan keseluruhan juga sangat memberangsangkan.
   Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada 10 orang murid yang berjaya memperolehi keputusan cemerlang tersebut. Semoga jamuan KFC hari ini dapat memberi semangat kepada mereka serta rakan-rakan lain untuk terus mencuba mencipta kecemerlangan. Sesungguhnya tiada yang mustahil untuk sesiapa sahaja mencapai kejayaan asal sahaja kita berusaha dengan bersungguh-sungguh.
    Dalam kegembiraan tersebut, rupa-rupanya ramai di antara murid Tahun 6 ini terutama yang mendapat 4A 1B berkecil hati sebab tidak dipelawa oleh GB turut serta dalam jamuan hari ini. Malah ramai yang tak turun ke kantin semasa Rehat (Gitu pulak dah). Maaf ya anak-anak! Cikgu percaya kamu bukan tak biasa makan KFC. Hari ini simbolik aje betapa setiap kejayaan pasti ada imbuhan yang akan menanti kamu. Oleh itu, jangan putus asa. Masa masih panjang. Lipatgandakan usaha, baiki segala kelemahan, perbanyakkan latihan dan buat ulangkaji. Gantikan rasa geram dan cemburu kamu itu dengan tekad untuk buktikan bahawa kamu juga boleh!!! Ayuh......
10 orang murid 5A Percubaan UPSR dengan KFC masing-masing
Senarai nama mereka
Aiman Yazaly membacakan doa
Set KFC yang tak seberapa - jadilah ya
Firzana Nasyita Riza
Nursalsabiela
Nur Afina
Rayyan Nasyrah
Adlin Sofiya
Aiman Yazaly
Arman Syafieq
Qistina Haq
Khairunnisa Nabilah
Nur Natasha
Ada kek lagi
Zana - kaunselor yang berdedikasi
Fiza - seorang lagi kaunselor yang cun
Kenyang ke tu?
Bergambar dengan Pn. Siti Zubaidah - guru kelas 6R
Ole-ole dari sekolah
Kek dari Maria Homemade
Mana murid Tahun 6 yang lain? Janganlah merajuk!
(UPSR sebenar nanti kita buat jamuan naik flight ye - kita minta sponsor PIBG)

9 comments:

  1. wah best adik-adik ni dapat merasa KFC secara Percuma.....moga Gb dimurahkan rezeki lagik....sebab dh mcm besedekah nieh....
    cikGu, selamat menyambut ketibaan RAMADHAn....

    ReplyDelete
  2. Murid2 yang dapat 4A 1B tu, nanti kalau dalam peperiksaan sebenar dapat 5A, GB belanja double KFC tau.. :)

    ReplyDelete
  3. Salam Nid's. Tentulah best dapat makan percuma. Selamat Menyambut bulan Ramadan.

    Salam kakciks. Sebenarnya 4A 1B dalam peperiksaan percubaan dah macam 5A dalam peperiksaan sebenar - orang kata le. Kalau dapat 5A nanti, bukan aje double KFC, minta je apa nak - Pizza Hut, Secret Recepi, Kenny Rogers, McD, Mango Chili, Ayam Penyet, roti canai Hijaz (oopppss)- semua kita akan usahakan :D

    ReplyDelete
  4. salam dan tahniah.

    memang cun lah si fiza tu. Maaf terkomen nakal sikit ! cikgu tak marah kan ?

    selamat menyambut bulan Ramadhan.

    ReplyDelete
  5. Salam tn. Al-lavendari. Mak tiri si Fiza tu tak cun ke? Tak pe, kami tak marah. Selamat Berpuasa.

    ReplyDelete
  6. Tahniah kepada murid2 yang berjaya pada peringkat ini.... doa dan harapan semoga terus cemerlang... juga tahniah kepada barisan kepimpinan SKKW dan para guru....syabas.

    ReplyDelete
  7. Salam en. Rosli. Terima kasih sudi singgah. Semoga doa dan harapan kita dimakbulkanNYA. Perjuangan masih belum selesai. Masih banyak lagi duri dan ranjau menanti di hadapan.

    ReplyDelete
  8. Dahlah dapat makan KFC , masuk blog lagi! Mana tak cemburu. KFC GB belanja, lain rasanya.

    ReplyDelete
  9. Salam kak Nora. Gila glamor dah pulak anak-anak muridku. Macam GBnya juga. Apa nak kata! Harap-harap UPSR sebenar nanti, saya ada kemampuan untuk belanja murid-murid 5A yang bertambah ramai. Bukan setakat masuk blog, masuk paper lagi (jangan tak tau - GB ada member wartawan)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...