Sunday, August 15, 2010

Puasa

Hari ini dah 5 hari berpuasa. Bersekolah dalam bulan puasa baru 3 hari. Perasan tak selama sebulan bulan Ramadan ni, anak-anak hanya bersekolah selama 16 hari je? Selebihnya cuti - cuti Nuzul Quran, cuti Hari Kemerdekaan, cuti hujung minggu dan cuti penggal. Selamat Berpuasa dan Selamat Belajar. Jangan ponteng sekolah tau!

10 comments:

  1. Salam Hari Ke5 Ramadhan, Aida... semoga anak2 kita tabah menghadapi dugaan dalam bulan yang penuh barokah ini. InsyaAllah. :)

    ReplyDelete
  2. Salam Ramadhan ..

    Harap cikgu sihat hari ini

    ReplyDelete
  3. Selamat meneruskan puasa buat kakcik dan Linda. Semoga anak-anak kita dan anak-anak murid pun kuat semangat macam kita.

    ReplyDelete
  4. Bila murid-murid cuti, sekolah menjadi sepi, tinggal GB bertugas...tetapi, tetap happy!

    ReplyDelete
  5. Bila dah banyak sangat cuti dalam bulan Ramadhan ni, apa yang merisaukan ialah persediaan murid untuk menghadapi UPSR kerana ia akan ditempuhi sebaik sahaja selepas cuti hari raya. Tentu GB dan guru2nya yang risau. kena bijak merancang tu.

    ReplyDelete
  6. Salam ramadhan yang ceria juga.
    Ahaa..yaa saya pun tak perasan ... susah juga kalau byk sgt cuti dibimbangi pembelajaran tak berjalan :)

    ReplyDelete
  7. Salam kak Nora : Guru-guru kena faham tu. Mereka seronok dapat cuti sama ngan murid-murid tapi GB kena kerja sama ngan kerani. Apapun happy-happykan diri

    Salam Faris : Memang betul tu. Merancang kena bijak, motivasi kena kekal, usaha dan bertawakkal untuk menghadapi UPSR. Doakan kejayaan anak-anak kita

    Salam En. Yassin : Masa cuti, pembelajaran rasmi tak berjalan tapi pembelajaran tak rasmi (belajar di rumah, tuisyen dll) mesti diteruskan. Insya Allah kejayaan akan menyusul

    ReplyDelete
  8. Salam Mak Su. Memang seronok jadi budak sekolah kan2

    Salam Nabilah. Buka puasa apa hari ni? Baju Raya dah beli ke?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...