Tuesday, May 17, 2011

Sambutan Hari Guru 2011

Tanggal 16 Mei setiap tahun merupakan Hari Guru di negara kita. SKKW juga tidak ketinggalan menyambutnya pada hari semalam. Sama seperti tahun-tahun lepas, majlis yang disambut secara sederhana ini sangat meriah. Tahniah kepada Jawatankuasa Kelab Guru dan Kakitangan yang dipengerusikan oleh Pn. Roszila yang telah merancang dan melaksanakan program tahunan ini dengan begitu teliti dan cemerlang sekali. Tahun ini kami pilih tema hijau. Go green!!!
   Terima kasih diucapkan atas kehadiran AJK PIBG - Pn. Suhaila, Pn. Noraishah dan Pn. Azlin - yang sudi hadir dan menunggu sehingga habis acara pada sebelah tengah hari. Mereka juga telah dilantik sebagai hakim pertandingan yang diadakan.
   Acara dimulakan dengan perhimpunan rasmi. Selepas nyanyian lagu-lagu kebangsaan, Ketua Murid Fikri memberikan ucapan diikuti oleh ucapan GB, bacaan perutusan KPPM dan Menteri Pelajaran, nyanyian lagu "Guru Malaysia" dan 2 lagu medley lain, acara penyampaian hadiah hari jadi guru-guru dan staf, penyampaian hadiah Kelab Guru dan acara memotong kek Hari Guru sumbangan pelbagai pihak termasuk ADUN Sg. Pelek. 
   Seterusnya guru-guru beratur untuk melancarkan proses penyampaian hadiah murid-murid kepada guru-guru kesayangan mereka. Terima kasih anak-anak murid sekalian dan ibu bapa yang kami sayangi. Semoga penghargaan ini akan merapatkan lagi hubungan silaturrahim kita. Insya Allah. 
   Guru-guru dan kakitangan telah dibahagikan kepada 7 kumpulan yang bertanding dalam acara sukaneka boling kelapa, hiasan tisu dan persembahan. Memang jelas kreativiti guru-guru dan kakitangan sesuai dengan bakat serba boleh para guru. Di akhir majlis diadakan acara penyampaian hadiah kepada kumpulan yang berjaya. 
   AJK telah menyediakan 3 hadiah khas pakaian paling glamor pada hari tersebut bagi kategori kakitangan, guru dan pentadbir. AJK PIBG yang telah memilih pemenang guru. Selain itu, GB juga telah menyampaikan hadiah kepada guru-guru yang mendapat undian paling banyak daripada murid-murid untuk kategori Guru Paling Tegas, Paling Penyayang, Paling Glamor, Paling Bergaya Lelaki dan Perempuan. Undian telah diadakan sejak seminggu yang lepas dengan kelolaan pengawas sekolah.  
   Tamat acara di dewan disambung pula dengan acara pertukaran hadiah sesama guru dan kakitangan di kantin sekolah. Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan buat pengusaha kantin; En. Roslan yang telah bermurah hati menaja jamuan hari guru kami dengan masakan kampung yang sangat enak. Semoga tuan sekeluarga dimurahkan rezeki. 
   Selamat Hari Guru buat semua guru SK Kota Warisan dan di seluruh negara. "Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara".
Ustaz Zul membacakan doa
Aminnnn..
Ucapan Ketua Murid - Fikri Asmady
Ucapan GB
Bacaan perutusan KPPM oleh Pn. Asnah
Bacaan perutusan Menteri Pelajaran oleh Pn. Shikin
Bacaan Ikrar Guru diketuai oleh Cikgu Abu
Nyanyian lagu-lagu Kami Guru Malaysia, lagu tema Hari Guru tahun ini dan "Warisan"
Zurina menerima hadiah hari jadi dari kelab Guru
Pentadbir dan wakil PIBG; Azlin memotong kek hari guru
GB menerima sumbangan dari Pengerusi Kelab Guru
Semua guru dapat seorang satu hadiah Kelab Guru
"Main jauh-jauh..."
Sesi penyampaian hadiah murid-murid kepada guru-guru
Hadiah istimewa dari murid istimewa
Wajah ceria cikgu-cikgu SKKW
Hadiah kad special

Anak-anak murid kesayanganku
Bersama orang kanan no.1 - Pn. Shikin

Pertandingan boling kelapa
Anggun bergaya
AJK PIBG (Pn. Azlin, Pn. Noraishah dan Pn. Suhaila) macam berpakat berbaju merah

Acara menghias model dengan tisu
Model-model memperaga pakaian masing-masing
Barisan pengadil
Pentadbir ambil peluang ambil gambar
Seterusnya persembahan nyanyian dari Farizul
Pertandingan persembahan guru-guru bermula -
Azizah kena dera dengan emak dan kakak tirinya
Eh eh pari-pari lak naik kereta
Baru betul...
Putera raja dengan basikal antiknya
Sporting habis cikgu Rohaizat
Akhirnya Azizah pun berkahwinlah dengan putera raja
Sketsa senario dalam kelas dengan iringan lagu hindustani
Tarian pun ada
Haiya cik Siti perempuan banyak muda

Ana banyak susah jalan tutup mata
Lompat apek lompat - haiyaaa..
Murid-murid sangat seronok
Seterusnya persembahan kumpulan guru disiplin pula
Tarian matador Nan

Sampai tercabut kasut Abu
Zizi tunjuk bakat menari
Steadylah Rusnah
Kumpulan dikir barat dengan tukang karutnya - Salmi

Persembahan Ulik Mayang
Koboi sesat
Persembahan deklamasi sajak oleh Norina
Persembahan nyanyian para GPK
GB pun mendendangkan 2 buah lagu
Peminatku

Ketua kumpulan yang mendapat johan - Tahniah Milah!
Tempat kedua - kumpulan Zawiyah
Tempat ketiga - kumpulan Norina
Saguhati tapi hadiah sama je

Pemenang pakaian staf paling glamor hari ini - Ina
Pemenang pakaian guru paling glamor hari ini - Adibah Abdullah
Alamak saya dapat hadiah kategori pentadbir!
Guru Paling Tegas undian murid-murid - Zahrul
Guru Paling Penyayang
Zul menerima hadiah bagi pihak Amir - Guru Paling Glamor
Guru Paling Bergaya Perempuan - Rusnah
Guru Paling Bergaya Lelaki - Farizul
Acara pertukaran hadiah sesama guru dan staf di kantin
Nak tengok gambar-gambar Sambutan Hari Guru SKKW tahun lepas (2010)? Klik di sini.

2 comments:

  1. Salam Cikgu.
    Selamat Hari Guru.
    Semoga diberkati dan dirahmati Allah swt.

    ReplyDelete
  2. Selamat Hari Guru juga buat cikgu Roha

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...