Monday, February 1, 2010

1 Februari 2010

Pagi ni sekolah mengadakan beberapa program semasa perhimpunan. Antaranya:
1.  Pelantikan ahli Kelab Pencegahan Jenayah - Sarjan Sawal dari IPD Sepang telah menyempurnakan majlis dan memberi sepatah dua kata kepada murid-murid
2.  Pelantikan Pengawas Pusat Sumber Sekolah (PSS)
3.  Pelantikan Pengawas Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT)
4.  Pelancaran Bulan Panitia Bahasa Melayu. 
Gong dipalu sebagai menandakan bulan panitia Bahasa Melayu dilancar dengan rasminya
 
Murid-murid mempersembahkan tarian kebudayaan semasa pelancaran bulan panitia BM 
Kumpulan tarian yang dibimbing oleh pusat tarian Najihah ini telah beberapa kali mendapat undangan membuat persembahan dan pernah keluar dalam MHI TV3. Syabas!
Ahli-ahli KPJ bergambar kenangan dengan pegawai-pegawai polis dari IPD Sepang dan guru-guru
 
Pengawas Pusat Sumber
Pengawas SPBT

4 comments:

  1. Tahniah dgn pasukan tarian SKKW. Nampaknya Dengkil kena tubuh juga tu tapi tak tahu la.

    ReplyDelete
  2. Salam cikgu

    Seronok dpt baca kisah2 sekolah..dptlah imbau kenangan masa sekolah dulu kala!

    ReplyDelete
  3. Masa kita sekolah dulu kala tak macam gini. Walaupun tak berapa ingat, yang pasti ketika itu kita happy dan enjoy, betul tak Mama Ju?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...