Monday, May 31, 2010

Maaf

Terasa lama tak update blog ni. Macam tak ada yang menariklah pulak. Tiba-tiba teringatkan cikgu-cikgu praktikum hari tu yang tersangatlah rajin lagi berbudi bahasa. Sebenarnya saya rasa bersalah dengan mereka sebab janji nak ajak join Sambutan Hari Guru peringkat sekolah baru-baru ni tapi tak dapat dilaksanakan atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan. Mohon maaf ya Firdaus, Zaihan, Julee, Sham dan kawan-kawan!
 Kenangan terima hadiah dari Faiz pada hari terakhir praktikum

Wednesday, May 26, 2010

Menziarah kak Norasmah

Tadi saya dan beberapa orang Guru Besar daerah Sepang telah menziarah Pn. Hajah Norasmah binti Abas GB SK Kampung Baru Lanjut yang akan bersara pada Isnin (31 Mei 2010) ini. Kami hanya merancang 'last minute'. Selamat Bersara buat kak Asmah. Semoga berbahagia bersama suami dan keluarga tercinta. Mohon maaf atas kesilapan kami selama ini. Jangan lupakan kami ya.
Kak Norasmah yang lemah lembut dan penyayang
Bersama kak Zan dan Wan
Di bilik prasekolah SK Kg Baru lanjut
 Terima kasih kak Asmah atas juadah yang disediakan
Bergambar kenangan bersama kak Asmah
Komanden KRS Hj. Mohd. Rasid pun ada sama
Razak (dari tadi dok ambil gambar) diapit oleh saya dan kak Zan
Pn. Chang Yok Mooi GB SJKC Chio Chiao baru tiba
Apa disembang tu?
 Sehingga mencuit hati kak Asmah
Selamat Bersara kak

Timbalan Komanden KRS Mimi Hidayah

GPK Koku SKKW hari ni segak
Cun!

Sunday, May 23, 2010

Seminar Wanita dan Undang-Undang

Hari ini saya berpeluang mengikuti Seminar Wanita dan Undang-Undang yang diadakan di dewan Surau Al-Hijrah Kota Warisan. Seminar ini dianjurkan oleh Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional dengan kerjasama Jawatankuasa Perunding Penduduk (JPP) Majlis Perbandaran Sepang, Rukun Tetangga, Persatuan Penduduk dan Surau Al-Hijrah Kota Warisan. Dua orang penceramah khas telah diundang iaitu Pn. Nisah binti Haron; Peguam Syarie yang juga merupakan seorang penulis buku/novel serta Yang Arif Hj. Zainal Abidin bin Kusmin; Hakim Mahkamah Rendah Syariah Daerah Sepang.
   Majlis telah dirasmikan oleh Pn. Lau Wen Chen; Ahli Majlis Perbandaran Sepang serta merupakan Pengerusi JPP Kota Warisan. Majlis yang berlangsung dari pukul 8.30 pagi hingga 1.00 tengah hari itu telah dihadiri oleh lebih 100 orang yang kebanyakannya terdiri daripada kaum muslimat Kota Warisan. Syabas kepada pihak penganjur kerana telah menganjurkan program yang sungguh bermanfaat dan sangat berguna ini.
   Diharapkan dengan pendedahan melalui cermahan ini akan membantu para peserta, sahabat handai serta keluarga dalam menangani permasalahan berkaitan hak-hak wanita, pengetahuan tentang asas-asas perundangan, komitmen terhadap keluarga serta segala macam istilah perkahwinan / penceraian dan maksudnya seperti mutaah, fasakh, talak, nusyuz, harta sepencarian, poligami, nafkah, khulu', Jawatankuasa Hakam dan banyak lagi.
Banner memaklumkan program kepada penduduk Kota Warisan
 Ucapan Pengerusi Majlis - Sdra Yusharizal
 
Antara muslimah yang hadir
Muslimin pun turut memeriahkan majlis
Ceramah 1  disampaikan oleh Pn. Nisah Haron; peguam syarie dan penulis buku
Khusyuk mendengar ceramah
Bersama VIP - Pn. Lau dan penceramah Pn. Nisah
Pn. Lau menyampaikan cenderamata kepada Pn. Nisah
En. Nor Aziz, Pengerusi Rukun Tetangga memberikan ucapan
Pn. Hawa Husin; Penolong Pegawai Perpaduan Daerah Sepang menyampaikan ucapannya
Ucapan perasmian dari Pn. Lau Wen Chen; Ahli Majlis Perbandaran Sepang
Pn. Lau memperkenalkan Setiausahanya; Cik Shakira
Cenderahati dari Pn. Hawa mewakili Jabatan Perpaduan buat Pn. Lau
En. Nor Aziz menyampaikan cenderahati kepada Pn. Hawa
Ceramah 2 disampaikan oleh Y.A Hj Zainal Abidin Kusmin; Hakim Mahkamah Rendah Syariah Daerah Sepang
Cenderakenangan dari Ahli JPP; ustaz Irwan buat Yang Arif

Saturday, May 22, 2010

Parenting Siri 1

Hari ini telah diadakan program Ceramah Kemahiran Keibubapaan Siri 1 anjuran PIBG. Penceramah jemputan ialah YBhg. Prof. Madya Dr. Sharifah Meriam binti Syed Akil, pensyarah Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Tema ceramah : Ibu Bapa Penjana Pendidikan Anak-Anak.
   Majlis yang diadakan di dewan sekolah itu bermula pada pukul 10.00 pagi dan tamat jam 12.30 tengah hari. Kehadiran ibu bapa agak memberangsangkan iaitu sekitar 90 orang. Antara isi ceramah yang telah disampaikan oleh YBhg. Prof adalah:
A) 6 Dimensi Keibubapaan
1. Eratkan hubungan
2. Memberi perlindungan
3. Perlu sensitif terhadap perkembangan anak
4. Komunikasi berkesan
5. Memberi pendidikan
6. Mengawal disiplin
B) 4 Tahap Mendidik Anak-anak (mengikut Rasulullah S.A.W)
1. Anak baru lahir - 6 tahun : banyak bergurau, membelai dengan penuh kasih sayang
2. Anak berumur 7 tahun - baligh (14 tahun) : mendidik dengan arahan, disiplin dan beri tanggungjawab
3. Anak berumur 15 tahun - 21 tahun (dewasa) : mendidik dengan cara berkawan, bertukar pendapat, hormati pendapat selagi tidak bertentangan dengan syariat Islam
4. Lebih 21 tahun : beri kebebasan bertindak selagi tidak bertentangan dengan syariat Islam. Ibu bapa bertindak sebagai penasihat agar tindakan terkawal
C) Tips Mendidik Anak Cemerlang
1.   Memberi arahan dan ingatan secara berterusan
2.   Mengingatkan sifat-sifat mahmudah (akhlak baik) dan mazmumah (akhlak buruk)
3.   Ibu bapa sebagai teladan
4.   Hormat menghormati
5.   Menjana keyakinan diri anak
6.   Mendidik melalui bercerita
7.   Bantu memupuk minat dan bakat anak
8.   Patuhi Allah dan teladani Rasulullah
9.   Mendalami pendidikan agama
10. Beriadah dengan anak-anak
11. Berdialog dengan anak-anak
12. Berdoa berterusan
13. Sentiasa menyuburkan suasana ketakwaan
   Firman Allah S.W.T. dalam surah at-Taghaabun, 64:15 yang membawa maksud: "Sesungguhnya harta benda kamu dan anak-anak kamu itu hanyalah menjadi ujian, dan di sisi Allah jualah pahala yang besar" 
   Tahniah kepada PIBG kerana telah berjaya menganjurkan program yang sangat baik ini. Syabas juga diucapkan kepada ibu bapa yang telah sudi hadir mendengar ceramah tersebut. Diharap lebih ramai lagi ibu bapa akan hadir ke program parenting Siri 2 dan 3 yang telah dirancang dan akan diadakan pada masa depan. Sokongan semua amat dihargai.
 Ustaz Irwan selaku pengacara majlis dan pembaca doa
Ucapan aluan YDP PIBG; Dr. Rushdan penuh teladan
Penceramah yang sangat berwibawa
 
Sebahagian ibu bapa yang telah mengorbankan masa menghadiri program ini 
Cutenya dia
 
Ustazah Hani 'berkelah' sambil mendengar ceramah 
Pengerusi dan Penasihat PIBG SKKW
 
Memang menarik ceramah yang disampaikan oleh YBhg. Prof
Terima kasih buat YBhg. Prof dari PIBG dan warga sekolah

Monday, May 17, 2010

Sambutan Hari Guru 2010

Hari ini SKKW telah mengadakan Sambutan Hari Guru peringkat sekolah. Banyak acara telah diatur oleh Kelab Guru dan Kakitangan sebagai pengisian sambutan tersebut.  Guru-guru dan kakitangan telah dibahagikan kepada 7 kumpulan. Sambutan tersangatlah meriah lagi happening. Syabas Kelab Guru dan semakin manis apabila kelab telah menerima sumbangan kewangan daripada En. Munir. Terima kasih banyak En. Munir!
   Kepada guru-guru diucapkan Selamat Hari Guru. Semoga Sambutan Hari Guru tahun ini mampu menyuntik semangat kepada para guru untuk lebih komited dalam melahirkan modal insan cemerlang. Guru Pembina Negara Bangsa! (maaf banyak gambar - saja buat kenangan)
 Kad gergasi untuk GB
Jambangan bunga dari Ahli Parlimen Sepang; YB Dato' Ir. Mohd. Zain berserta kek. Terima kasih Dato'
Pagi-pagi hari dah dapat hadiah beg. Macam tau-tau je hari ni tema ungu. Terus saya guna beg baru ni
Terima kasih Nur Amni dan Hjh. Zainab bagi hadiah beg ni
Paluan kompang
Pengawas dengan bunga manggar mengiringi para guru
Barisan guru didahului GB dan GPK-GPK
Teachers in purple
Bagai bapak dengan anak
Nyanyian lagu Negaraku
Ucapan Ketua Murid
Bacaan Perutusan Hari Guru
 Wah Khairul - kasut pun purple
Ikrar guru diketuai oleh ustaz Amir
Kami Guru Malaysia.... Berikrar dan berjanji...
Ole-ole dari Kelab Guru untuk staf yang sambut hari jadi
Happy Birthday to you
Bersedia untuk sesi penerimaan hadiah daripada murid-murid
Terima hadiah daripada pengawas
Semua guru dapat seorang satu hadiah daripada pengawas
Murid-murid memberi hadiah kepada guru-guru
 GB bersama hadiah dan guru kelas 2 Wibawa - Pn. Roszila
Sambal ketuk pun dapat - sedap tu!
Tiru macam saya
Guru-guru Pendidikan Khas yang cantik jelita dan tampan bergaya
Sampai terlentok
Si manis manja
Senyumnya mengancam
Tapi jangan pandang belakang
Acara sukan - menjaring bola jaring
Jadi pengadil
Cuba gol
Try shoot 

Gambar-gambar sebelum pertandingan menggubah buah tembikai.....

Semasa pertandingan.....

Selesai pertandingan.....
Nak bagi markah berapa ya?
Pertandingan persembahan - tarian kontemporari
Tarian kumpulan Guru Disiplin
 
Pentomen Aci-aci Buka Pintu
Nyanyian lagu Superman
 
Tarian dikir puteri
Rama-rama Kecil
Peri-peri berperi dengan Isabella si Hodoh
Prince Charming berkuch-kuch hota hai
Gemuruh sungguh
Pertandingan karaoke - Amir
Juara karaoke - Farizul
Persembahan khas karaoke GB sambil dimeriahkan oleh penari-penari gagah perkasa

   Seminggu sebelum program, undian telah dibuat oleh semua murid untuk memilih guru bagi kategori-kategori yang telah ditetapkan. Keputusan adalah seperti berikut;
1. Guru paling sporting      -  Pn. Noor'ashikin
2. Guru paling tegas          -  Pn. Sa'diah
3. Guru penyayang L         -  En. Abu Bakar
4. Guru penyayang P        -  Guru Besar (biar betul budak-budak ni)
5. Guru paling kreatif        -  Pn. Siti Jamilah
6. Guru paling aktif           -   En. Abu Bakar
7. Guru paling bergaya L - En. Fakhruddin
8. Guru paling bergaya P -  Pn. Zahrulhuda
9. Guru paling popular      -  Guru Besar (hehe - tak pernah menang pun sebelum ni)
   Dan pada hari ini 2 lagi kategori telah dipilih iaitu;
10. Pakaian terbaik L       -  En. Amir
11. Pakaian terbaik P      -  Pn. Azira
Abu - Guru Penyayang dan Aktif
Din - Guru Paling Bergaya Lelaki
 Zahrul - Guru Paling Bergaya Perempuan
Macam tak percaya GB dapat 2 anugerah - Guru Penyayang dan Guru Paling Popular. Terima kasih anak-anak muridku

   Sebelah petangnya pula, diadakan majlis hi-tea tajaan Kelab Guru dan Kakitangan di Allson Klana, Nilai....
Din mc dan Pengerusi Kelab Guru
Bacaan doa oleh ustaz Amir
Ucapan GB
Beri perhatian
Abu dan Salmi serius
Beratur mengambil makanan
Ambil pencuci mulut
Ambil bubur dan kuih
Tuang air
Licin
Peace
Sedap
Dan murah makan di sini
Acara pertukaran hadiah - Hadiah GB kepada Sri Ayuna
Salmi dapat hadiah dari Shikin
Hadiah Syarfiza buat Azmi
Hadiah cabutan bertuah KFC untuk Ju
Amir dapat hadiah Izan
Farizul dapat tikar Zila
Hazrain dapat cadar
Hamper cabutan bertuah buat Roshita
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...