Wednesday, May 12, 2010

Hari jadi Edy

1) Hari ini 12 Mei 2010 ialah hari jadi Rozaidi aka Edy yang ke-9. Satu majlis hari jadi kecil-kecilan telah diadakan di kelasnya; 3 Rasional. Terima kasih cikgu Azizi, Maz Azlee dan ustazah Sri Ayuna tolong melayan Edy dan kawan-kawannya.
Kek hari jadi Edy
Hari ni Edy dah 9 tahun
Meniup lilin
Kawan-kawan sekelas Edy
Semoga Edy menjadi anak yang soleh

2) Di kelas 6 Rasional, murid-murid 6 Rasional pun buat majlis juga. Salsabiela yang menang KFC tempat pertama dapat baucer bucket (15 ketul ayam) tempoh hari nak belanja rakan-rakan sekelasnya. Baik budak tu! So, guru kelas dan kawan-kawan sekelasnya pun turut membawa serba sedikit makanan menokok makanan majlis tersebut. Beberapa orang guru pun dijemput menikmati jamuan yang disediakan.
Salsabiela yang hujung sekali - cantik orangnya!
Adila mengacara majlis
 GB memberikan ucapan semangat kepada murid-murid Tahun 6 R
Murid-murid memberikan perhatian
Acik membacakan doa makan
Memotong kek pemberian Pn. Mariatul

3) Hari ini merupakan hari ke-3 jururawat dari Pusat Kesihatan Salak memberi rawatan pergigian kepada murid-murid di klinik sekolah.
Tahniah sebab semua murid tak takut
Menunggu giliran

4) Di tapak perhimpunan, kelas PJK cikgu Abu - latihan asas gimnastik.......
Sedia
Lompat
Terbang
Pusing
Pusing lagi
Landing
 Bangun

5) Pada sebelah petang, saya menghadiri Program Bersama Pemimpin Komuniti anjuran Tenaga Nasional Berhad, Selangor di Dewan Orang Ramai, Bandar Baru Salak Tinggi.
Sesi dialog
Teruja nak berdialog juga
Soalan :  Ada sebatang lampu jalan di dalam kawasan sekolah lampunya terbakar. Sekolah telah menghubungi JKR Elektrik tetapi mereka tidak dapat menggantikan mentol yang terbakar kerana tidak berbaloi menghantar kren semata-mata kerana sebatang tiang lampu. Akibatnya pengawal keselamatan pun takut nak meronda di kawasan yang gelap di surau sekolah. Minta jasa baik TNB menggantikan mentol yang terbakar tersebut.
Jawapan TNB : Akan menghantar bantuan segera untuk menyelesaikan masalah tersebut.
Terima kasih banyak TNB!
Dapat hadiah 10 sms terpantas Pendaftaran SMS 15454. Rezeki!
Bergambar dengan hadiah yang dimenangi
Hj. Ahmad Karim PPD Unit Pembangunan diapit kak Zan, Asmah dan Samilah
Bersama kak Norlia dan Samsidar

4 comments:

  1. salam kak..
    bagusnya sekolah ni..
    siap celebrated harijadi pelajar
    guru2 yang prihatin..mesti happy anak2..

    ReplyDelete
  2. Sesekali Zul. Anak-anak happy, cikgu pun gumbira

    ReplyDelete
  3. huh,
    seronoknya zaman sekolah,
    naknye waktu cek gg,
    hehe~
    oh sekolah,
    i miss u =)

    ReplyDelete
  4. Salam Zaid. Kalau miss sekolah, jenguk-jenguklah selalu kat sekolah teruatama masa ada program.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...