Friday, May 14, 2010

KENDIRI

Pihak sekolah dengan kerjasama PIBG telah menganjurkan Kem Kecemerlangan dan Jati Diri (KENDIRI) untuk murid-murid Tahun 6 bermula hari ini Jumaat 14 Mei hingga Ahad 16 Mei 2010 di Kem Iman D'Semungkis, Sungai Semungkis, Hulu Langat. Seramai 93 daripada keseluruhan 117 orang murid Tahun 6 telah turut serta. Murid membayar yuran sebanyak RM95.00 dan kos pengangkutan dibiayai sepenuhnya oleh PIBG. Murid-murid pergi dengan menaiki 2 buah bas dengan diiringi beberapa orang guru. Syarikat Exact Training Consultant telah diamanahkan untuk mengendalikan program 3 hari 2 malam ini.
   Program ini dirangka khusus untuk melahirkan murid-murid yang cemerlang dalam bidang akademik dan sahsiah diri sebagai persediaan menghadapi UPSR. Tahniah kepada semua peserta yang begitu cekal dalam menghadapi cabaran yang akan ditempuhi sepanjang kem tersebut. Juga terima kasih atas sokongan ibu bapa dan PIBG dalam menjayakan program ini.
 Murid-murid berkumpul seawal 2.00 petang
Mendengar taklimat dari fasilitator
GB menyampaikan pesanan agar murid-murid sentiasa menjaga tingkah laku dan mengikut arahan yang diberi. Semoga selamat pergi dan selamat kembali
Beratur
Menaiki bas
Pesan ayah; Jaga diri ya nak - Baiklah, ayah!

6 comments:

  1. Salam cikgu

    semoga mereka semua selamat dan aktiviti berjalan dgn lancar..

    ReplyDelete
  2. salam kak..
    bagus kem ni
    mengajar anak2
    lebih berdikari

    ReplyDelete
  3. Semoga anak2 ini akan mendapat kejayaan di dunia dan kebahagiaan dunia serta akhirat. Insya Allah.

    ReplyDelete
  4. Salam Cikgu Aida
    May I wish all your teachers and the children an enjoyable and fruitful KENDIRI. Have a nice weekend.

    ReplyDelete
  5. Salam ssibu. Semoga semua selamat.

    Salam zul. Kem sebegini memang banyak kelebihannya. Rugi siapa tak pergi.

    Salam kakciks. Insya Allah kita doakan.

    Salam temuk. Tq sir. Have a nice weekend to you too.

    ReplyDelete
  6. Salam Cikgu Aida!!! Selamat Hari Guru, Selamat Hari Ibu... Bagus sekali aktivitinya nih!! Menyahut seruan kerajaan dengan begitu baik sekali. Tahniah ya!! Terima kasih ucapannya.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...