Tuesday, May 4, 2010

Si Comel Maskot Kuntum

Rasanya semua pernah dengar dan baca majalah Kuntum. Hari ini sempena bulan Membaca dan sebagai pengisian program Nilam, sekolah telah menjemput skuad dari majalah Kuntum untuk membuat promosi di SKKW. Mereka telah menyumbangkan sebuah majalah Kuntum kepada setiap murid. Mereka juga telah mengadakan kuiz dan menyampaikan sedikit hadiah kepada pemenang.
   Semoga program ini dapat menyemai semangat suka membaca kepada semua murid. Program diakhiri dengan sesi bergambar dengan maskot Kuntum yang dikenali sebagai Si Comel. Tersangatlah seronok semua murid dan tak kurang juga guru yang tak jemu-jemu bergambar dengan Si Comel. Terima kasih yang tidak terhingga kami ucapkan kepada majalah Kuntum. Jumpa lagi...
En. Hishamuddin Rushdi (wartawan kanan) bercerita tentang isi kandungan Kuntum
Bersama jurugambar Kuntum; Pn. Azlina Abdullah
Semua murid dapat majalah Kuntum seorang satu
Mahirah cuba menjawab soalan kuiz
Maskot Si Comel disambut oleh Elya dan Ngew serta cikgu Nor Mi dan Yati
Si Comel diapit GB dan Guru Media; Normi Yahya
Bergambar dengan guru-guru dan anak-anak Pendidikan Khas
Alahai sukanya dia.....
Pemenang kuiz menerima hadiah daripada Si Comel
Hai....
Si Comel bersama pemenang-pemenang kuiz
GB menerima cenderahati daripada Kuntum
 
Cikgu Normi pun dapat ole-ole
Cenderamata dari sekolah. Terima kasih daun keladi, lain kali datanglah lagi
Dengan staf Kuntum - K.Rahman dan Tajuddin (maskot)
Sesi bergambar beramai-ramai pun bermula
 Pengawas dan cikgu Farizul
 
Turun pentas sambil give me five
Murid-murid dan guru-guru pra
Pengawas PSS
Pengawas SPBT dan guru-guru perempuan
Guru-guru bersama Si Comel
Bersama En. Rosli di hari-hari terakhirnya sebagai guru SKKW
 Si Comel bersama jejaka-jejaka tampan
Si Comel bersama pentadbir-pentadbir yang comey

12 comments:

  1. seronok sesangat anak anak murid tu, mesti diorang teruja ;p

    ReplyDelete
  2. salam Kak Aida..
    hebat sekolah akak
    banyak aktivitinya
    tahniah

    ReplyDelete
  3. SSibu. Memang teruja anak-anak murid dan cikgu-cikgunya sekali :D

    ReplyDelete
  4. Terima kasih Zul. Sementara orang nak datang sekolah kita, kita berilah laluan. Anak-anak murid juga untung. Ilmu tak semestinya dapat melalui p&p di kelas je kan.

    ReplyDelete
  5. Salam...
    majalah Kuntum ni sejak zaman sya skolah dulu lg dah ade...ingtkan dah xde...huhuhu...
    psssttt...Kak, baju kurung akak tu kan,sama ngn bju sya...Kita jgn pkai bju tu klu ade ape2 majlis kat kota warisan yek...Boria plak nt.. :)

    ReplyDelete
  6. salam buat kak aida...
    geram nengok maskot kuntum tu...

    ReplyDelete
  7. Mabrook Cikgu,

    Looks like another big milestone for SKKW.
    Tapi ejaan cucu saya tu kena betulkan sikit :

    Hanisah Mahirah boleh panggil Hanisah atau Mahirah

    ReplyDelete
  8. Salam shinju. Betul ke sama? Beli kat mana? Kat Kompleks Shah Alam ya. Apa salahnya kita pakai sekali masa ada majlis kat Kota Warisan. Itu tandanya kita sehati sejiwa :D

    ReplyDelete
  9. Salam Pak Long. Budak-budak tengok maskot tu tak kelip-kelip : kegeraman

    ReplyDelete
  10. Salam En. Wan. Sorry tersilap taip nama cucu en. Wan tu. Ok saya dah betulkan dah. Dia memang cerdik. Moga menjadi anak yang cemerlang.

    ReplyDelete
  11. Salam perkenalan Cg Aida,
    Membaca blog Cg membawa kembali kenangan lebih-lebih lagi kursus di IAB. Dah ada Hotel IAB ye?

    ReplyDelete
  12. Salam kak Nora. Bukan hotel, tapi hostel = asrama. Asramanya dah dinaiktaraf sejak 3, 4 tahun ni.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...