Thursday, May 6, 2010

Mesyuarat Exco MGBS ke-2

Hari ini ada  Mesyuarat Exco MGB Negeri Selangor ke-2/2010 di Kelab Shah Alam. Oleh kerana Pengerusi ada hal, saya pergi bersama cikgu Razak GB SK Cyberjaya. Sebelum pergi, singgah jap kat sekolah. Di sekolah, macam biasa murid-murid membaca di tempat perhimpunan sebelum loceng dibunyikan.
 Cikgu Normi sedang mengeluarkan buku-buku bacaan dengan dibantu oleh murid
Murid-murid memilih buku bacaan
Membaca sebelum loceng pagi berbunyi
Nak tukar buku pulak
Mesyuarat bermula jam 9.00 pagi
YDP MGB Negeri Selangor; Hj. Abd. Halim Md Zaid
Kehadiran : Pengerusi dan Setiausaha MGB daerah-daerah di Selangor atau wakil
Masing-masing serius memberi perhatian
    Antara intisari mesyuarat tadi ialah:
1) 10 Jun 2010 - Mesyuarat Agung Perwakilan MGB Selangor ke-15 di Kelab Shah Alam. Tuan rumah Petaling Perdana. Sepang : 1 pegawai + 7 perwakilan
2) 27 - 30 Jun 2010 - Mesyuarat Agung Perwakilan Gabungan MGB Malaysia di Hotel Heritage, Ipoh, Perak. Ketua Kontingen Selangor : En. Mohd Alwan (Gombak)
3) 16 Julai 2010 - YDP MGB Selangor bersara wajib. Majlis persaraan akan diadakan di SK Bukit Badong sebelah petang
4) 15 Mei 2010 - Gotong Royong Perdana sempena Hari Guru. Semua sekolah perlu menghantar laporan bergambar
5) 17 Mei 2010 - Sambutan Hari Guru peringkat sekolah. Sekolah 2 sesi boleh buat sambutan di sebelah pagi
6) 27 Mei 2010 - Hari Guru peringkat negeri di Gold Coast, Klang
7) 15 Mei 2010 - tarikh tutup penghantaran borang Program Pengsiswazahan Guru Besar IAB & KPM yang merupakan tahun terakhir. Umur maksimum - 48 tahun
8) Cadangan penambahbaikan gred Guru Besar:
     * GB Sekolah Kurang Murid (SKM) - DGA34
     * Semua GB yang lain - DGA38
     * GB DGA38 akan menjadi DGA40 (GB Kanan) dan tukar ke Sekolah Berprestasi  Rendah
9) Peperiksaan Setara UPSR (Program Peningkatan Prestasi Akademik):
     * 1 - 3 Jun 2010 (PPPA 1)
     * 19 - 21 Julai 2010 (PPPA 2)
     Soalan akan dihantar oleh pembekal pada 24, 25 dan 26 Mei 2010 mengikut zon. Bagi Sepang, telah ditetapkan : SK Sg. Pelek, SK Taman Seroja dan SK Dengkil. 
   Maklumat lanjut akan saya maklumkan kemudian (entah bilalah pulak dan tak tau bila nak kumpul & beritahu semua ahli).

15 comments:

  1. salam cikgu

    Wah cikgu nampak sibuk benar.

    Selamat berkhidmat!1

    ReplyDelete
  2. macam best membaca sebelum start perhimpunan tu.dulu2 time ayu sekolah takde pon benda2 macam ni

    ReplyDelete
  3. Salam!! GB yang bermotivasi tinggi nih!! sentiasa aktif dan mempunyai banyak idea2 untuk memajukan sekolah. InsyAllah sekolah akan jadi cemerlang. Contoh yang baik.. ada masa menulis blog!! hebat hebat!! saya kagum *_^

    ReplyDelete
  4. teruskan perjuangan bangunkan anak bangsa....

    ReplyDelete
  5. Salam,
    seronoknya tengok anak-anak membaca. mudah-mudahan dapat diteruskan budaya ini walau berada di mana sahaja...

    ReplyDelete
  6. Salam mama ju. Rasanya semua orang sibuk. Cuma pandai-pandailah kita mencari keseronokan di sebalik kesibukan itu. Barulah kita dapat berkhidmat dengan penuh semangat :D

    ReplyDelete
  7. Ayu, masa ibu dulu lagilah tak ada program-program macam ni. Agaknya kalau dulu ada program motivasi, kaunseling, perkhemahan dsb tentu ibu tak jadi guru. Entah-entah dah jadi Prof Madya kot hehe ;P

    ReplyDelete
  8. Tkasih3X cikgu Yang. pujian melangit tu. Tak dapat saya menggalasnya. Yang sebenarnya, saya mendapat pasukan guru yang proaktif, berinovasi dan rajin. Itu kunci kejayaan sesebuah sekolah. Harap guru-guru SKKW meneruskan nilai-nilai cemerlang ini. Bagi segelintir yang kurang berdaya usaha tu, toleh kiri kanan anjak paradigma. Jom kita majukan anak-anak kita!

    ReplyDelete
  9. Salam ashrafi. Sama-sama kita berjuang untuk anak bangsa kita yang sangat dahagakan bimbingan kita.

    ReplyDelete
  10. Salam cikgu Rash. Sikap membaca boleh disemai kalau ibu bapa dan guru-guru sentiasa memberi galakan. Dan lebih berkesan kalau kita menunjukkan teladan suka membaca ini kepada mereka.

    ReplyDelete
  11. Sallam, bz bete yee kak...gitulah kala dah jadi orang terkanan, semuga akak sentiasa ceria dan sihat..

    ReplyDelete
  12. Alamak Da..kena tukar sekolah ke? Mula bila tu?

    ReplyDelete
  13. Da, minta izin copy maklumat ke blog sekolah saya ya..

    ReplyDelete
  14. Gitulah nampaknya rodong. Bz bete. Janji happy :)

    ReplyDelete
  15. Salam Wan. Saya pun tak jelas. Katanya macam akan diumum masa Hari Guru tapi tak tau bila mula. Dengan izin saya benarkan copy...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...