Saturday, May 8, 2010

Pend. Khas di Time Square

Beberapa minggu yang lalu, Eraman KLIA telah menjemput murid-murid pendidikan khas SKKW untuk membuat persembahan sempena Majlis Hari Ibu di Berjaya Time Square. Hari ini kami telah pergi dengan 3 buah kereta.
   Sebelum pergi, saya singgah di sekolah kejap. Murid-murid Tahun 6 mengikuti Bengkel Teknik Menjawab Soalan UPSR subjek Bahasa Inggeris. Bengkel diadakan dalam 2 sesi. Sesi pertama untuk murid-murid Tahun 6 Amanah (kumpulan HALUS - Harapan untuk lulus) dan sesi ke-2 untuk murid-murid Tahun 6 Wibawa, 6 Rasional dan 6 Ikhlas. Ini membolehkan murid-murid Tahun 6 mengikuti kelas tambahan semasa sesi kelas lain. Murid-murid Tahun 4 dan 5 juga turut hadir ke sekolah untuk mengikuti Kelas Bimbingan PIBG.
 Penceramah bengkel B.Inggeris - Mr. Ganes
Guru-guru BI berada di belakang
Semak buku rekod mengajar guru-guru
9.45 pagi dah sampai Berjaya Time Square
Mekap dalam tandas
Bergambar kenangan
Selamat Datang dari Eraman
Pakai wristband
 Di hadapan salah satu game
Di dalam auditorium
Tak habis-habis peace
 Bersama Pengarah Urusan Persatuan Kebajikan Anak Pesakit HIV/AIDS Nurul Iman Malaysia (PERNIM) - Pn. Hjh Norlina Hj Alawi
Bergambar kenangan
 Majlis dimeriahkan oleh 50 orang anak-anak PERNIM
Persembahan murid-murid dan guru-guru Pendidikan Khas SKKW - chicken dance
Saya dan YDP PIBG SKKW; Dr. Mohd. Rushdan bersama Pn. Dalia - orang yang bertanggungjawab membawa kami ke sini
Di bilik jamuan
Happy Birthday anak-anak yang lahir pada bulan Mei dan Jun
Danish dan Farhan bersama maskot Berjaya Time Square
 Posing istimewa Anikah
Nan dan Salmi senyum kenyang
Senyum simpul Norina, Anikah, Rizzawati
Bergambar kenangan dengan artis Imran Ajmain
Naik crazy train
 Seronok nampak
Nak merasa juga naik merry go round ni
Aina sebelum masuk rumah hantu
Pengalaman hari ini sangat menyeronokkan khususnya buat anak-anak pendidikan khas tu. Terima kasih banyak buat Eraman.

2 comments:

  1. salam Kak..
    hebat anak2 murid ni
    bila buat persembahan
    tengah bersemangat tu..
    he he

    ReplyDelete
  2. Salam Zul. Cikgunya pun bersemangat. Jadi guru Pendidikan Khas gitulah.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...