Friday, May 7, 2010

Hari Terakhir En. Rosli

Tak tau nak tulis tajuk apa entri kali ini. Banyak betul yang berlaku dan semuanya nak dipaparkan. So pilih punya pilih, rasanya nak highlight tentang peristiwa hari terakhir En. Rosli sebagai guru di SKKW. En. Mohd. Rosli bin Ahmad telah melapor diri pada 5 April 2010 yang lalu. Rupanya beliau transit je di sekolah kami ni. Minggu lepas beliau telah menerima surat pertukaran sebagai pegawai di Bahagian Pembangunan dan Penilaian Kompetensi (BPPK) KPM di Cyberjaya. Sebagai mantan Penyelaras PKG selama 10 tahun, memang kepakaran beliau amat sesuai di kementerian.
   Sesungguhnya kehadiran beliau ke sekolah kami selama lebih sebulan itu telah membawa perubahan 360 darjah terhadap sekolah ini terutama dari segi pengkomputeran, kemudahan internet, wireless, p.a system, Pusat Sumber Sekolah dan membantu persediaan sekolah lestari kami. Jasa baik En. Rosli tak dapat kami balas. Hanya doa saja yang mengiringi perpisahan ini agar beliau diberi kesejahteraan dan kebahagiaan seisi keluarga. Kepada En. Rosli, sudi-sudilah singgah ke sekolah kami jika ada kelapangan dan harap dapat membantu kami di kala kami memerlukan pertolongan tuan kelak....
1) 7.30 pagi, sebagaimana biasa pagi Jumaat ini dimulakan dengan bacaan Yaasiin oleh semua murid dan guru di tapak perhimpunan

Bacaan Yaasiin pagi Jumaat

2) 8.00 pagi, English Month Grand Finale di dewan terbuka
Zaheera dan M. Aiman Aminuddin mengacarakan majlis
M. Aiman Yazaly membacakan doa
 Closing ceremony speech by the headmistress
Pemenang story telling level 1 - Amni Bazilah Husna "The Frog Wanted To Be A King"
 Sesi penyampaian hadiah
Pemenang story telling level 2 - M. Aiman Aminudin "The Lion and The Mouse"
Pemenang public speaking - Ahmad Danish "Pollution"
Pemenang talent time level 1 - "Love Story"
Pemenang talent time level 2 - "True Colours"
 Murid-murid memberi tumpuan

3) 9.30 pagi, empat orang pegawai dari Bahagian Buku Teks KPM datang ke sekolah untuk membuat ujian rintis bahan p & p BM dan English Tahun 1 2011 bersama guru-guru BM dan BI di Bilik Mesyuarat
Bersama Pn. Zaiton, Pn. Ropitah, En. Ahmad Nor Bakri dan En. Adi Putra
Belum apa-apa dah terima sumbangan. Terima kasih
En. Ahmad Nor Bakri tu kawan lama saya masa di Gombak
Menemubual guru-guru BM tentang modul BM Tahun 1 tahun depan
 English teachers

4) 11.30 pagi, Kelab Guru dan Kakitangan telah mengadakan majlis jamuan perpisahan buat En. Mohd. Rosli bin Ahmad di bilik Kemahiran Hidup.
Ustaz Amir membaca doa makan
(Buat-buat tak nampak jelah pinggan kat tangan dia tu - lama sangat dah menunggu)
 Lauk pauk potluck  sumbangan guru-guru dan kakitangan
Ucapan bersemangat dari En. Rosli
Cenderahati dari Kelab Guru buat En. Rosli
En. Rosli pun ada tanda mata juga untuk sekolah
Tu dia hehe..... cantik tak?
Kenangan abadi En. Rosli bersama guru-guru SKKW
Selamat Bertugas di tempat baru. Jangan lupa kami di sini
Pelawat dari Bahagian Buku Teks KPM pun turut menjamu selera

8 comments:

  1. nak tegur satu je..

    cantik maxi pn aida...
    :)

    ReplyDelete
  2. Tq. Cikgu nak tau saya berkenan maxi ni masa tengok kat patung, sekali dengan tudung2nya saya beli hehe :)

    ReplyDelete
  3. salam kak
    hebat Encik Rosli ni yek
    sayang..orang hebat ditukarkan

    ReplyDelete
  4. Salam Zul. Orang hebatlah kena tukar kat KPM. Duduk kat sekolah tak padan

    ReplyDelete
  5. Salam kenal Zaid. Banyak info berguna di blog anda.

    Salam en. relevan. En. Rosli bertukar setara. Cuma berubah tempat dari sekolah ke pejabat.

    ReplyDelete
  6. Terima kasih kepada semua warga SKKW...menerima kehadiran saya selama sebulan. Semoga warga SKKW terus cemerlang dan gemilang.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...