Saturday, May 15, 2010

Gotong-royong Perdana

Sebagaimana yang diarahkan oleh KPM, hari ini SKKW telah mengadakan Gotong-royong Perdana sempena Hari Guru. Ramai juga ibu bapa yang telah hadir bersama-sama guru-guru membersihkan kawasan sekolah. Terima kasih diucapkan kepada pegawai-pegawai AADK, Bomba KLIA, IPD Sepang dan Majlis Perbandaran Sepang kerana telah turut sama hadir memberikan sumbangan tenaga, peralatan dan pokok-pokok. Syarikat Affin Bank juga telah mengambil peluang hadir membuat promosi produk mereka.
   Majlis telah dimulakan dengan bacaan doa, ucapan GB dan YDP PIBG serta acara senamrobik bagi memanaskan badan. Terima kasih tidak terhingga diucapkan kepada ibu bapa serta PIBG yang telah menyumbang wang, barangan, makanan (terutama kepada ustaz Irwan) dan peralatan. Lain kali kita gotong-royong lagi kay.
Menunggu arahan
YDP PIBG dan orang-orang kuatnya
Ucapan perasmian YDP PIBG
Senamrobik dulu sebelum gotong royong
Yang depan smart tu orang-orang Affin Bank
Memanaskan badan
Keluar peluh
Regang tangan
 Lenggok kepala
Goyang pinggul
Jurulatih profesional
Poco-pocolah pulak
Semua ikut poco-poco
 Taklimat pembahagian tugas oleh cikgu Abu
Murugan mengemas kantin
Pekerja kontraktor MPSepang mencuci longkang
Nak cat tangga
Kemas taman
Nan, Sa'diah dan kak Rohani bekerjasama
Mencuci sawang di dewan
Kereta bomba pun ada
Mengambil air daripada pili bomba sekolah
Mencuci tempat perhimpunan
Mengecat bilik pengawas
Mengemas stor sukan
Mengecat surau
 Mengecat prasekolah
Mengemas buku di PSS
 Vacuum bilik tayangan
Cuci tingkap kelas anakanda
Lap tingkap
Cuci habuk
Bersama-sama mencuci kipas
Hati-hati memanjat tu
Pegawai-pegawai AADK mengecat bilik PPDa

7 comments:

  1. Salam cikgu Aida..pagi tadi kome pun ada meting pibg kat sekolah dan ada gotong royong cuma acara perasmian gimik saja..

    ReplyDelete
  2. acara yg mengeratkan perhubungan...

    ReplyDelete
  3. ASLKM cikgu


    wAH cepat cikgu buat N3 ni...

    Selamat hari Guru. Jasamu amat bernilai kepada bangsa.Pahala mengajar pun berganda2..insyallah.

    jumpa lagi.

    ReplyDelete
  4. Tahniah kepada warga sekolah SKKW serta PIBG nya. Beginilah semangat yang kita mahu, enjoy dan happy bekerja sepasukan menceriakan sekolah!Selamat Hari Guru.

    ReplyDelete
  5. selamat hari guru. moga terus tabah dalam mendidik anak bangsa.

    ReplyDelete
  6. Salam relevan. Gimik pun kira okaylah. Meeting PIBG dah menandakan kita bergotong-royong, kan.

    Salam ssibu. Acara ini tak syak lagi sangat mengeratkan perhubungan.

    Salam mamaju. Apa nak kata teruja nak paparkan gambar semasa gotong-royong tu. Semoga guru-guru akan terus ikhlas menaburkan jasa mendidik anak-anak murid.

    Salam kak Nora. Benar kata akak tu. Bekerja sepasukan akan lebih berkesan jika diterapkan dengan rasa enjoy dan happy.

    Salam ybs. Selamat hari Guru.

    Salam abu muaz. Terima kasih. Mendidik anak bangsa masakini menuntut ketabahan yang bukan sedikit.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...