Wednesday, May 5, 2010

Maskot KFC pulak

Lebih sebulan yang lepas, syarikat KFC telah menemui saya untuk menjalankan program 'Chicky Goes to School' di SKKW. Mereka telah mengedarkan borang colouring contest dan writing contest untuk semua murid. Guru-guru telah melaksanakan pertandingan ini di mana semua murid telah diberi peluang menyertainya.
   Hari ini, mereka telah datang ke sekolah untuk menyampaikan hadiah kepada para pemenang. Mewahlah juga hadiahnya iaitu dalam bentuk chicky doll, hamper, sijil dan baucer ayam bucket - 15 ketul lagi. Tahniah kepada mereka yang berjaya. Majlis berlangsung hampir sejam dalam suasana yang sangat meriah. Kali ini pun ada maskot....
 Juruacara KFC mengacarakan majlis
Chippy melambai
Chicky yang nakal
Ace menyorok belakang tiang
Adora yang sopan
4 maskot KFC dengan gelagat masing-masing
Murid-murid terhibur
Mohamad Adam Safwan bin Yusdi menerima hadiah
Farha Nirmala binti Saharudin
Nur Dayana Balqis binti Meor Muhamad Azmi
Sarah Wong binti Abd Rahman Wong
Mohd Aqil Syahiran bin Izham
Ain Nurhanani binti Salim
Sofea Nabila mewakili Nur Salsabiela binti Affendy Azam
Bergambar ramai
Persembahan menarik dari KFC
Siap menari lagi
Peace dari Mahirah
Cenderamata dari sekolah
Sijil penghargaan buat KFC. Tq so much

9 comments:

  1. Assalamualaikum, wahh..meriahnya....
    Dapat KFC free lagi...hamper lagi...

    ReplyDelete
  2. Wsalam lipislady. Berbaloi KFC keluar modal.

    ReplyDelete
  3. Salam Cikgu Aida
    Memang baik sekali, syarikat swasta yang bertaraf multinasional mahu berkawan dgn sekolah. Bolehlah kecek-kecek minta taja program sekolah lestari. Jangan pula KFC suruh sekolah ternak ayam utk dapatkan baja & daging! Ceria selalu!

    ReplyDelete
  4. Salam!!! Satu lagi program membransangkan.. Best!! . kebetulan semalam masak ayam goreng salut tepung... tiba2 suami tanya ini ayam KFC ke? wah , senang hati pandai aku masak KFC..aku perasan ler cikgu. he he he~~

    ReplyDelete
  5. Meriahnya! Ramai pulak maskot KFC tu, ya?? Mesti murid-murid seronok dan teruja. :)

    ReplyDelete
  6. Salam tn. temuk. Depa nak ke taja program sekolah lestari kami? Nantilah saya usahakan tanya. Tapi rasanya macam susah je depa nak bagi. Kalau sekolah ternak ayam, mati keringlah ayam tu kena picit dek budak-budak tu hehe..

    ReplyDelete
  7. Ceh.. bagus tu cikgu Yang dah pandai masak KFC. Bolehlah buat business dengan harga special. Perasan jangan tak perasan...

    ReplyDelete
  8. Maskot tu 4 beradik. Kalau emak dengan ayah dia ada, mesti lagi meriah, kan. Sampai tak cukup pentas.

    ReplyDelete
  9. Salam ziarah...

    Best baca entri cikgu cikgu ni. Dulu mama teringin sangat dan bercita2 nak jadi Cikgu gak. Tapi...huhuhu... Skang jadi cikgu utk anak2 ajer.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...