Semalam saya tanya member di JPN bila agak-agak majlis penyerahan surat pelantikan DG41 nak diadakan. Kata Allan, mungkin pertengahan November. Hari ni saya cuba-cuba call SPP dan BSM untuk mengetahui tentang perkembangan pelantikan DG41. Pada sebelah pagi saya call SPP, saya diberitahu SPP telah menerima surat dari KPM bertarikh 12.10.2009 yang antara lain berbunyi; "Pindaan tarikh pelantikan guru PJJ drp 3.2.2009 ke 31.12.2008........"
Pada sebelah petang pula saya call BSM, kata pegawai berkenaan pelantikan 31.12.2008 tu tidak melibatkan PJJ PPGB. Kalau ada GB yang menerima surat pelantikan pada 31.12.2008, sila abaikan. Tulis surat maklumkan kepada BSM dan abaikan. Senarai nama yang diberi kepada JPN tu silap sebab SPP tak update dan PPGB yang ada dalam senarai ditulis KIV. Sorong papan tarik papan......
Kita akan terus dijadikan mangka beurokrasi yang tak ketahuan. Oleh kerana kita ini orang melatu yang berpegang kepada ketuanan melayu, maka kita sentiasa akan menerima apa yang orang lakukan kepada kita.
ReplyDeleteKita ikut resmi Hang Tuah, yang pandai dan gagah tetapi kebodohan yang membuta tuli yang akhirnya sanggup membunoh saudara sediri.
Juga kita enggan mengikut jejak Hang Jebat kerana kita tak mahudicapkan sebagai orang yang bertidak tanpa fikir panjang.
Dunia kini ramai yang nak ikut jejak Jebat tapi punya hati yang kecil. Sebenarnya kerana ada kepentingan lain. Pengorbanan zero.
SPP dan BSM dok permainkan kohort3 UPSI. Ada sahabat kita yang akan pencen setahun dua ini. Ada kemungkinan mereka tak merasa mengecap Kumpulan Professional kerana 'KEBIJAKSANAAN' pegawai-pegawai di KPM.
Maka ............ si Luncai terjun dengan labu-labunya....... Biarkan..... biarkan.
Rasanya kita adalah PPGB yang paling senior yang masih belum dapat pelantikan. Junior drp kita masih ramai lagi yang belum ketahuan nasib mereka, mungkin lebih baik drp kita @ sebaliknya. Tapi cara pengendalian mereka terhadap kohort kita akan digunapakai untuk kohort seterusnya. So sepatutnya mereka sudah punya satu prinsip yang kukuh. Tapi apa yang jelas mereka belum jelas apa status kita; kejap DG3, kejap PJJ, kejap PJJ yang KIV, depa pun tengah pening ni. Cerita semakin menarik, tungggu lagi.
ReplyDeleteSalam sis,
ReplyDeleteawat la jadi lagu ni. cacamarba. sistem buatan manusia ni jauh dari sempurna. yes, saya setuju mereka sepatutnya ada prinsip atau satu dasar yang kukuh supaya segala urusan menjadi mudah. Lagipun mereka sudah mempunyai pengalaman dengan kohort2 sebelumnya. Nampaknya kena lah kita semua menunggu buah yang tak mahu gugur gugur.
Semasa mereka mengendalikan kohort sebelum kita, permohonan masih manual. Sekarang dah online. Kita tersepit antara manual dan online, sebab tu terseret sampai nak dekat 2 tahun. Tapi nampak gayanya online pun kalut juga. Cubalah bagi tarikh pelantikan semua PJJ ni sama dengan full time & fresh iaitu tarikh lepas konvo. Depa senang, kita pun suka. Masa luluskan kita belajar dulu, takkan tak termasuk dalam Anggaran Belanja Mengurus KPM.....Manusia yang cipta sistem, so ubahlah supaya nampak cekap dan excellence.
ReplyDelete