Murid-murid menyambut ahli rombongan dari Thailand
Wednesday, October 28, 2009
Lawatan dari Bangkok
Hari ini rombongan 2 bas mengandungi 85 orang pelajar program Sarjana Pendidikan dari Universiti Bangkok ThonBuri, Thailand telah mengadakan lawatan benchmarking ke SKKW. Mereka tiba pada jam 12.30 tengah hari dalam keadaan hujan renyai. Rombongan telah disambut dengan paluan kompang, bunga manggar dan barisan pengawas yang beratur panjang. Pihak JPN dan PPD tidak dapat menghantar wakil tetapi telah menghubungi melalui telefon bertanya tentang persiapan. Menurut agen yang mengurus lawatan tersebut, selepas ini mereka akan ke Genting Highlands, Johor Bharu dan seterusnya ke Singapura. Rombongan telah dibawa ke bilik mesyuarat untuk mendengar ucapan dan menonton persembahan multimedia sebelum melawat ke sekitar sekolah. Rombongan telah meninggalkan sekolah lebih kurang pukul 2.45 petang. Semoga lawatan ini akan merapatkan lagi hubungan dua negara. Sawadikap!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Salam, puan. Kelakar juga majlis kita tu. Umpama ayam dan itik bercakap. Nasib baik ada translater mereka. Kalau tak kita sengih kat dia sengih kat kita. What a precious experience.
ReplyDeleteBetul tu, Maria. Saya pun rasa seronok menyambut orang Siam ni. Dan juga rasa puas sebab mereka betul-betul nak tau pasal banyak perkara. Apapun tahniah kerana Maria telah menjalankan tugas sebagai mc dengan cemerlang tadi.
ReplyDelete