Friday, October 16, 2009

Terima fax dari BPSM

Awal pagi tadi (pukul 8.00 pagi) saya telah dihubungi oleh cik Rosaliza BPSM minta no fax nak faxkan salinan (s.k) surat BPSM ke SPP pasal rayuan pelantikan DG41 kita. Kawan-kawan terlibat yang nakkan surat tu bolehlah bagi alamat emel kepada saya, ya. Antara lain bunyi perenggan terakhir surat yang ditandatangani Timbalan Setiausaha Bahagian BPSM itu ialah;
"Untuk makluman tuan jua, Guru Besar berkenaan telah pun berada di jawatan yang sama pada tarikh tersebut. Sekiranya dipertimbangkan untuk pelantikan 3 Februri 2009 berkenaan, pihak Kementerian akan meminda tarikh penempatan mereka selaras dengan tarikh tersebut."
Surat itu juga menyenaraikan semua 61 nama kumpulan kita, kira kita akan dapat tarikh pelantikan yang sama. Itu sudah bagus! Mana-mana yang nak minta pengecualian, bolehlah buat surat rayuan secara personal dengan dokumen-dokumen sokongan yang kukuh. Pegawai BPSM kata tak apa sebab mereka faham dan tak mau menjejaskan perkhidmatan kita. Apapun terima kasih atas ucapan terima kasih kengkawan. Tapi surat tawaran pelantikan sebenar kita belum dapat lagi. Menyusuri karenah birokrasi yang telah kita lalui, saya kira surat tersebut akan sampai ke tangan kita paling cepat pun bulan Januari 2010...???

5 comments:

  1. kalau begitulah cerita kumpulan cikgu Aida, tak tahu ler mcm mane pulak dgn kumpulan kami, huhu....

    ReplyDelete
  2. Masalahnya cikgu ybs, ada antara kami ni tak nak tarikh tu sebab baru dapat jadi GB DGA34 selepas tarikh tu dll alasan. So ada yang jumpa dan buat rayuan personal. Mesti pening BPSM... Harap tak menjejaskan rayuan yang lain.

    ReplyDelete
  3. Kalau Januari 2010, baikla kita buat op pencen aje.
    Sekarang ni yang lembab bekerja bukan mereka yang berada dis ekolah, tetapi mereka yang berada di Kementerian, Jabatan dan Pejabat Pelajaran.
    Lepas tu datang sekolah memantau banyak pulak cengkadaknye. Ada setengah pegawai tak pernah memegang tampuk pentadbiran sekolah. Tanya macam-macam seolah-olah dia tahu semua.
    Piiiraaah. Mai sekolah aku, aku akan hujani ni dengan perbagai soalan. Terutama soal integriti, polisi dalam kenaikan pangkat.

    Awie ni kaaannnn

    ReplyDelete
  4. Edah, kalau nak join blog aku. addressnya
    http//zawawi1958.blogspot.com

    ReplyDelete
  5. Hi Wie, memang betul apa yang hang cakap tu tapi siapalah kita. Sabor jelah.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...