Hari ni sekolah buat Sambutan Hari Kanak-Kanak, Hari Raya dan Deepavali. Tapi saya tak dapat join sebab kena hadir Majlis Penyerahan MoU KAFA di BTPN, Shah Alam. Sayangnya... Tapi apa nak kata, majlis ni pun penting. Lama sangat tunggu MoU tu. Sejak ia ditandatangani pada bulan Disember 2008 lagi. So pergilah juga. MoU tu menjadi sangat penting sebab KAFA belum bayar bayaran penggunaan premis sejak April 2009. Dah 3 kali sekolah keluar surat peringatan. Kalau kami tak terima bayaran tu by next year, mau kami dapat Audit Bersyarat lagi sebab Gagal Mengutip Harta Kerajaan (Akaun Belum Terima - ABT), tak ke haru. So saya kenalah bincang baik-baik dengan KAFA suruh mereka jelaskan juga. Mendengar masalah dalaman mereka, tak dapatlah saya menolongnya. Harap-harap semuanya selesai nanti, ya ustaz.Sambutan Hari Kanak-Kanak, Hari Raya dan Deepavali
No comments:
Post a Comment