Thursday, June 10, 2010

AGM MGB Selangor

Hari ini saya telah menghadiri Mesyuarat Agung Perwakilan Majlis Guru Besar (MGB) Selangor ke-15 di Kelab Shah Alam. Saya hadir bersama 7 orang lagi perwakilan Sepang. MGB Petaling Perdana sebagai tuan rumah.  Majlis dihadiri oleh Guru-Guru Besar yang terdiri daripada pegawai-pegawai MGB Negeri, 7 orang perwakilan MGB Daerah dan semua GB daerah Petaling Perdana. Majlis telah dirasmikan oleh Tn. Hj. Bajuri bin Abdullah, Timbalan Pengarah Pelajaran Negeri Selangor.
   Mesyuarat Agung ini merupakan AGM terakhir buat YDP MGB Negeri Selangor; Tn. Hj. Abd. Halim Md. Zaid yang akan bersara pada 17 Julai 2010 nanti. Beliau telah memegang jawatan YDP MGB Negeri ni lebih 7 tahun. Ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih buat Tn. Hj. Selamat Bersara dan semoga berbahagia di samping keluarga tersayang.......... 
   Oleh kerana surat meminta kami hadir pada pukul 8.00 pagi, saya bersama kak Samilah dan Rumiah telah bertolak seawal 6.50 pagi. Sebelum majlis perasmian, kami telah diberi taklimat oleh pihak Zoom A dan Apple Tree. Saya rasa sangat gembira hari ni sebab dapat bersua dengan kawan-kawan yang dah lama tak jumpa terutama GB-GB dari Petaling. Tiga tahun saya berjuang bersama mereka sebelum saya berpindah ke Sepang pada tahun 2004. Saya juga bertemu dengan rakan-rakan semasa saya menjadi guru biasa dan GPK di Gombak dulu.
   Majlis berhenti rehat minum pada pukul 11.30 pagi dan selesai hampir pukul 4.00 petang. Apapun tahniah kepada MGB Petaling Perdana yang telah dapat menganjurkan majlis yang sangat besar ini dengan begitu berjaya sekali. Tempat, layanan, jamuan semuanya special. Dan yang paling special sekali ialah bontrotnya (memetik kata-kata perwakilan Sabak Bernam tadi).
Bersama perwakilan Sepang - Rumiah, Yahaya, Samilah
Member rapat masa di Petaling dulu - Raja Akmal GB SK USJ2
Lagi member-member Petaling Perdana - Ros Aini, Azimah, Akmal dan Zila
Barisan perwakilan Sepang - Samilah, Rumiah, Razak, Rasid, Azman
Zie Klang pun ada
Antara GB yang hadir
Taklimat Apple Tree
Tuan rumah Petaling Perdana serba hijau pucuk pisang
Ucapan aluan YDP MGB Selangor - Tn. Hj. Abd. Halim Md. Zaid
Ucapan perasmian Timbalan Pengarah JPS - Tn. Hj. Bajuri Abdullah
VIP yang hadir - Ketua Unit Sekolah Rendah JPS; Hj. Razak, YDP MGB Selangor, PPD Petaling Perdana dan PPD Hulu Langat
Pencatat minit - Zubidah, Anis, Hasimah
Exco bergambar kenangan dengan VIP
AJK tuan rumah yang terang-benderang
Member-member kamceng - Akmal, Simah, Khasanah, Radziah
Bersama Khasanah - GB SK Klang Gate
Bersama Nor Global Link
Lim Eng Tai - GB SK Seri Selangor
Mesyuarat Agung Perwakilan MGB Selangor ke-15 bermula jam 12.30 t.hari
Saya duduk di belakang YDP MGB Selangor
Wakil MGB daerah memberikan ucapan
 Wakil MGB Gombak; En. Yatim Dolir - akan bersara pada 2 Julai 2010 ni
En. Zakaria Ismail - YDP MGB Hulu Selangor
En. Yahaya Om - YDP MGB Sepang
Perwakilan MGB Kuala Langat yang segak
Perwakilan MGB Klang yang menawan
Khasanah bukan merajuk tapi sejuk....
 En. Abd. Aziz Mohammed bakal memangku jawatan YDP MGB Selangor bila Tn. Hj. Abd. Halim bersara nanti

10 comments:

  1. Wah, ceria dan berseri-seri para perwakilan.

    ReplyDelete
  2. Salam,
    Tahniah kerana MGB Selangor dah mesyuarat agung di Kelab Shah Alam. Terimbau kenangan lama di sana selama 5 tahun. Nampak member-member gb di sana. Rasa rindu tetap menebal.

    Tahniah pada Aida. Saya selalu buka blog you!
    Jumpa lagi.

    ReplyDelete
  3. Salam Kakciks. Bontrot tu bahasa Jawa. Dalam Bahasa Jepun : door gift hehe

    Salam Kak Nora. Ceria + berseri-seri tu sebab dapat jumpa kawan lama.

    Salam Noi. Tq2. Memori mengusik jiwa tu. Betul ke Noi selalu tengok blog saya. Tkasih. Bila ya dapat jumpa? Dengan kak Zah pun, saya dah lama tak jumpa. Kirim salam kat dia ya.

    ReplyDelete
  4. salam..
    amboi ramai jugak yek?
    selamat bermesyuarat..

    ReplyDelete
  5. Wsalam Zul. Yang ramai tu masa Majlis Perasmian. Masa mesyuarat tinggal perwakilan aje.

    ReplyDelete
  6. Salam.
    Hjh.Zaharah ok aja. Kami sependapat dan sekepala untuk membawa sekolah ke arah berprestasi tinggi. Insyaallah. Sekolah kampong memang banyak cabaran. Kadangkala menangis juga kerana tak tahan dengan karenah guru, murid dan ibu bapa. Ketegasan kami juga melenturkan jiwa sendiri.Kerja keras kami dipohon kepadaNYA akan berbaloi.
    Sama-samalah kita berniat begitu demi anak bangsa.

    ReplyDelete
  7. Salam Noi. Saya doakan SK Bukit baru akan mencapai kecemerlangan maksimum hasil gandingan U dan kak Zah. Bila-bila kita jumpa ya. Lama tak dengar hilai tawa U dua orang. Kirim salam orang Melaka

    ReplyDelete
  8. salam Aida, terima kasihlah kerana upload gambar-gambar ni.Akak
    tak sempat lagi nak tengok dari member2 di P.Perdana.Setinggi penghargaan kepada YDP dan pegawai2 MGB Selangor serta JK Induk dan pelaksana MGB Pperdan.Itulah hasil kerjasama diantara JK.MGB PPerdana dan MGB Selangor. Saya mohon maaf kerana tidak dapat bersama pada hari bersejarah itu.Hanya doa saja yang dapat saya pohonkan agar segalanya dapat berjalan dengan cemerlang.Syabas MGGPP. Aida confirm ke nak pergi bersama ke konvensyen MGB? ph. no. awak dah hilang sebab ph akak dah rosak. nanti call akak ye. TQ

    ReplyDelete
  9. Salam kak Rabiyah. Tahniah buat akak dan seluruh JK Kerja akak. Good Job! Saya memang nak tumpang akak ke Konvensyen GMGB Ksaan tu. Nanti saya call akak ya.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...