Tuesday, July 6, 2010

Jamuan meraikan murid 5A PST

Sebagaimana yang dijanjikan, hari ni GB belanja murid-murid Tahun 6 yang mendapat keputusan 5A dalam Peperiksaan Setengah Tahun (PST) 2010 yang lalu. Tahun ni soalan PST diselaraskan seluruh Selangor. Majlis jamuan tersebut telah diadakan di kantin sekolah semasa Rehat Tahap 1 dan 2. Tahniah diucapkan kepada 6 orang murid cemerlang tersebut! Semoga akan menjadi perangsang dan motivasi kepada murid-murid Tahun 6 yang lain serta adik-adik Tahun 1 - 5.
   Jika dibandingkan tahun lepas di mana hanya 2 orang sahaja yang mendapat 5A dalam PST, tahun ini dengan bilangan yang bertambah menjadi 6 orang, adalah diharapkan bilangan murid 5A dalam peperiksaan UPSR sebenar juga akan bertambah. Tahun lepas 16 orang, tahun ni??? Ayuh kita buktikan. Berusaha, berdoa dan bertawakkallah kepadaNYA.
 Ustazah Asiah menghidang puding
Air strawberry special lagi
Terima kasih guru-guru Bimbingan dan Kaunseling - Che Ruzana dan Syarfiza yang mengurus jamuan ini
Tahniah 6 orang murid yang mendapat 5A dalam PST 2010
Special menu
Aiman Yazaly tak hadir sebab sakit mata - menti saya tu!
Arman Syafieq
Natasha
Nabilah
Adlin Sofia
Nur Afina
Suasana jamuan
Bersama teman-teman Tahun 6. Semoga mengikut jejak langkah mereka dalam peperiksaan UPSR sebenar nanti
Murid cemerlang SKKW
GB tumpang bangga
Potong kek meraikan kejayaan
Semoga terus berjaya
Sedapnya, cikgu
Nak juga
Sedikit ole-ole buat Adlin dan rakan-rakan
Anda bila lagi?
Kunci kejayaan - Rajin Belajar

11 comments:

  1. Salam bertandang..
    moga kita semua
    mendapat rahmat
    dari-NYA jua..
    TAHNIAH buat pelajar
    cikgu..MEMBANGGAKAN..

    جزاك اللهُ خيراً

    ReplyDelete
  2. Semoga mereka terus berjaya dalam mendaki tangga kehidupan. Bagi yang belum berjaya seperti mereka, semoga tak jemu berusaha agar akhirnya dapat berjalan seiring. :)

    ReplyDelete
  3. Salam Zul. Tahniah buat budak-budak tu. Moga kita semua mendapat rahmatNYA.

    Salam kakciks. Usaha jangan jemu hingga kejayaan dapat dicapai. Tkasih.

    Salam en. Me. Seronok memang seronok. Jealous dan geram kawan-kawan yang lain. Harap akan memotivasikan semua murid Tahun 6 tu.

    ReplyDelete
  4. Salam Cikgu Aida
    Tahniah di atas usaha murni Cikgu & sekolah yang memang boleh meningkatkan semangat murid-murid! Tahun lalu 2 cemerlang PST, 16 yg cemerlang dlm UPSR. Kalau ikut 'nisbah' itu, tahun ini 6 cemerlang PST, maka 48 lah yg akan cemerlang dlm UPSR! Boleh begitukah, Cikgu? Atau murid Tahun 6 pun tak sampai 48 orang? Walau apa pun, selamat maju jaya.

    ReplyDelete
  5. Salam cikgu Temuk. Bestnya kalau kira formula macam tu!. Melompat ke siling cikgu-cikgu. Apapun semuanya tak mustahil, kan. Untuk pengetahuan, calon UPSR tahun ni 118 orang berbanding tahun lepas 103 orang. Dan sebenarnya soalan setara PST tahun ni agak susahlah juga.... Selamat Berjuang anak-anakku. Cemerlang murid gemilang sekolah.

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum kak Aida, lama tak jengah blog akak, Istimewa betul layanan GB terhadap murid2nya, tahniah kak, akaklah GB yang paling istimewa, tak heranlah makin ramai murid2 yang cemerlang...semuga kejayaan mengiringi murid2 lainnya juga...insyaAllah.

    ReplyDelete
  7. Salam Lipislady. Sibuk benar nampaknya aok yek. Jangan lupa jaga kesihatan tau. Ala... layanan biasa je tu. Moga yang lain ikut geram untuk berusaha menggapai kejayaan. Ada masa lagi, teruskan pecutan.

    ReplyDelete
  8. tahniah atas pencapaian murid sekolah cikgu tu..semoga bertambah cemerlang ditahun mendatang

    ReplyDelete
  9. Macam-macam cara sekolah lakukan untuk motivasi murid-murid supaya cemerlang dalam pelajaran. Pasti calon-calon cemerlang tersebut menjadi contoh kepada yang lain. InsyaAllah prestasi cemerlang akan meningkat tahun ini.

    ReplyDelete
  10. Salam noorlara dan kak Nora. Terima kasih kerana sudi menjenguk. Doakan anak-anak Tahun 6 ini akan bertambah semangatnya untuk mendakap kejayaan dalam UPSR mendatang. Insya Allah

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...