Thursday, July 22, 2010

Seminar Nasional

Hari Isnin yang lepas, saya telah sekali lagi ke IAB Genting sebagai peserta Seminar Nasional Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan Ke-17. Tema seminar kali ini ialah Kepimpinan Berprestasi Tinggi. Seminar berlangsung selama 4 hari bermula 19 - 22 Julai 2010. Seramai hampir 350 orang warga pendidik seluruh Malaysia telah menghadiri seminar tersebut.
   Majlis perasmian sepatutnya disempurnakan oleh YAB Tan Sri Dato' Hj. Muhyiddin bin Mohd Yassin, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran Malaysia tetapi YAB tidak dapat hadir dan diwakili oleh Timbalan Menteri Pelajaran; YB Dr. Hj. Mohd. Puad bin Zarkashi. Manakala YBhg. Tan Sri Dato' Hj. Alimuddin bin Hj. Mohd. Dom; Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia telah menyempurnakan majlis penutupan seminar.
   Sebanyak 11 kertas kerja telah dibentangkan oleh pengurus-pengurus sekolah berprestasi tinggi, sekolah swasta, universiti dan NGO. Turut dibentangkan adalah 2 kertas konsep oleh Wakil Kedutaan Finland dan Founder Lim Kok Wing University of Creative Technology.
  Pendek kata mantap sungguh kerangka dan pengisian seminar yang saya hadiri ini. Terima kasih kepada IAB kerana memberi peluang kepada saya yang kerdil ini untuk bersama peserta-peserta seminar yang terdiri daripada pegawai-pegawai atasan KPM dan personal-personal yang hebat-hebat belaka.
   Dan lebih mengujakan ialah saya dapat bertemu semula dengan teman-teman pengajian UPSI. Antara yang hadir; Awi, Kadir, Zul, Mani, Arshad, Nab, Mala, Zizah dan kak Aidah. Malahan kami buat pertemuan dengan rakan-rakan KL - makan malam di kaki Genting.
Banner seminar
Hari pertama duduk sebelah pensyarah Universiti Brunei - Amshahnoorwadi
Datang IAB dengan kak Salma GB SK Taman Kosas
Kak Nab, Mala, Zah dan Rohana
Ucapan Pengarah IAB - Dato' Abd. Ghafar Mahmud
Ucaptama YBhg. Dato' Hjh Noor Rezan Bapoo Hashim
Ucapan perasmian Timbalan Menteri Pelajaran; YB Dato' Hj Mohd Puad Zarkashi
Upacara Menandatangani MoU antara IAB dengan ITNM (Institut Terjemahan Negara Malaysia)
Pelancaran buku terbitan ITNM / IAB
Penyampaian cenderahati IAB buat YB Dr. Puad

   Malam ke-2 : reunion dengan geng-geng UPSI di Taman Melati, Gombak.....
Pilih menu
Senyum sokmo
 Thank you Tan, Kang & Susie sudi datang jumpa kami
Air special pilihan Nab - vanilla kiwi shake
 Sedapnya
 Sama citarasalah
Susie member kamceng
Berselera nampak
Small reunion
 
Hari ke-3 : bersama Manimuthu
Posing istimewa kak Zah dan Mani
Guru pingitan
  
   Malam ke-3 : naik Genting dengan Tipah dan kak Salma.....
Tipah dan kak Salma
 Dengan kak Salma
Dengan Tipah
Hari ke-4 : berkenalan dengan Pn. Ommi Kalsom Mohamad - Puan PPD Larut, Matang & Selama, Perak
Antara persembahan kertas kerja seminar
Antara persembahan kertas konsep
Cenderahati buat YBhg Prof Emeritus Tan Sri Dato' Sri Dr. Lim Kok Wing
Jelitawan IAB
Graduan NPQH IAB
 Majlis penutup disempurnakan oleh Tan Sri KPPM
Sebelum balik, singgah pejabat En. Mohd Dawi Ithnin - pensyarah IAB

7 comments:

  1. salam kak..
    selamat berseminar..
    moga anda selalu sihat
    dan gembira...

    ReplyDelete
  2. Salam Zul. Saya sihat adanya. Harap Zul pun ceria dan gembira di samping famili

    ReplyDelete
  3. pertemuan orang-orang hebat ya puan

    terbaru dari saya : long bamboo

    ReplyDelete
  4. Salam cikgu Normah. Memang betul cakap cikgu tu - ramai sangat orang besar-besar dan hebat-hebat yang hadir seminar tu. Saya tumpang sekaki!

    ReplyDelete
  5. seringkali seminar bukan saja tempat menambah pengetahuan tapi juga dapat bertemu kawan-kawan baru dan lama

    ReplyDelete
  6. Betul tu Noorlara. Tu yang syok pi seminar tu hehe

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...