Friday, July 23, 2010

Majlis Perpisahan Pn. Sa'diah

Sebagaimana lazim, blog saya ni sentiasa penuh dengan aktiviti bergambar. Hari ini pun saya nak masukkan banyak gambar sempena hari terakhir Pn. Sa'diah sebagai GPK 1 SKKW. Minggu depan Pn. Sa'diah akan memulakan tugas barunya sebagai GB di SK Seafield 3, USJ. Selamat Bertugas di sekolah baru dan terima kasih atas budi baik Pn. Sa'diah selama ini. 
   Majlis pada sebelah pagi diadakan di dewan sekolah dengan disaksikan oleh semua murid. Sebelah petangnya pula, majlis bersambung di Hotel Allson Klana, Nilai untuk majlis hi-tea.
   Sesungguhnya jasa Pn Sa'diah amat banyak kepada sekolah ini. Beliau telah berkhidmat di sekolah ini sejak bulan November 2003 sebagai 'care taker' ketika sekolah belum dibuka dan saya pun belum melaporkan diri sebagai GB SKKW. Justeru itu, majlis ini merupakan satu penghargaan buat Pn. Sa'diah yang banyak mengurus dan menaikkan imej sekolah khususnya dalam UPSR kerana beliau telah mengajar subjek Matematik Tahun 6 sejak mula lagi. Dengan tidak membuang masa lagi, marilah kita saksikan album gambar di bawah.............
 Masih di pejabat
 
Ada bunga manggar lagi
Menemani yang diraikan menuruni tangga
Guru-guru menunggu di dewan
Menyemat bunga rozet di baju Sa'diah yang mulai bersedih
Jambangan bunga buat Sa'diah
Ratu hitam diapit ratu ungu
Dua orang guru besar yang bersemangat
Pemandangan di dewan terbuka
Backdrop simple
Mc - Din dan Fairuz
Ucapan Ketua Murid
Ucapan GB penuh gurindam
Ucapan perpisahan Sa'diah
AJK Hadiah
Tengok apa tu?
Penyampaian hadiah oleh wakil murid prasekolah
Mahira - wakil murid tahun 1
 
Wakil Tahun 2
 Wakil Tahun 3
 
 Wakil Tahun 4
 
Wakil Tahun 5
 
 Wakil Tahun 6
Terima kasih Abu tolong angkatkan hadiah dari pentadbir
 
 Pelukan Mimi tanda kasih
Kak Rohani hadir mewakili PIBG - bawa hadiah juga
Sebahagian hadiah daripada guru-guru
Bergambar kenangan bersama hadiah-hadiah yang diterima
Persembahan murid
Kutuliskan lagu ini........
Nobody nobody but you......
Aiman - anak Sa'diah - ikut sama sedih
Persembahan menarik di bawah bimbingan Shikin
Air matanya sentiasa bergenang
Deklamasi sajak
Persembahan guru lelaki
Persembahan guru wanita
Rusnah yang sporting
Persembahan dari pentadbir
"Rindu Bayangan"
Sa'diah dan Pn. Rohani pun join sama
"Hingga Akhir Nanti"
Aiman akan meneruskan persekolahannya di SKKW walaupun ibunya tidak lagi berada di sini. Semoga Aiman akan beroleh 5A dalam UPSR
Sesi bersalaman dengan murid-murid
Beratur
Belajar rajin-rajin
Selamat Jalan cikgu
Kesedihan terpancar di wajah anak-anak murid Tahun 6 yang diajarnya
Rehat - Sa'diah belanja makan. Masih sedih....
Berempat di atas pentas buat kali terakhir
Bertemu dan berpisah adat manusia biasaaaa...
Bye cikgu!
Mengiringi Sa'diah ke pintu pagar
Kami relakan dikau pergi
Selamat tinggal

 
Ada lagi hadiah bersandar di kereta
Pelukan tahniah buatmu
Jangan lupakan kami


Petang : Majlis Seindah Kenangan Semanis Kemesraan di Allson Klana, Nilai....
YDP PIBG; Dr. Mohd Rushdan dan Ketua Guru KAFA Integrasi Al-Muhajirin; Ustaz Lutfi pun hadir
Mc - Zaihan dan Syahidah
Guru-guru yang hadir
Semoga Pn. Sa'diah berbahagia di tempat baru
Ucapan dari YDP PIBG - Dr. Mohd Rushdan
Sa'diah mengimbau kenangan lama di SKKW
Tayangan slaid multimedia
Sumbangan sekolah dan Kelab Guru buat Sa'diah
Hadiah daripada PIBG
Cenderamata Sa'diah buat GB. Terima kasih!
Kenangan bersamamu
Takkan kulupa hingga akhir hayat
Frame cendera kenangan buat Pn. Sa'diah

4 comments:

  1. Tahniah untuk Cikgu Saadiah...semoga terus berbakti nusa dan bangsa.

    tuai padi antara masak
    esok jangan layu-layuan
    intai kami antara nampak
    esok jangan rindu-rinduan

    Tuan puteri pergi ke Rasah
    Pulang semula sebelah pagi
    Kita bertemu akhirnya berpisah
    Diizin Tuhan bersua lagi.

    ReplyDelete
  2. Salam En. Rosli.

    Kasih mana orang baru
    Kasih lagi orang lama

    Sedap mana kasut baru
    Sedap lagi kasut lama

    Sedih mana tuan yang pergi
    Sedih lagi kami yang tuan tinggalkan

    Semoga cikgu Sa'diah sihat dan ceria di sekolah baru.

    ReplyDelete
  3. Kak Aida..
    Salam bertandang lagi..
    moga sihat lah selalu
    hendaknya anda di sana..
    جزاك اللهُ خيراً

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...