Wednesday, July 14, 2010

Lawatan Sambil Belajar ke SSP

Tadi 8 orang murid Tahun 6 SKKW telah pergi ke Sekolah Seri Puteri (SSP) mengikuti program lawatan sambil belajar anjuran PPD Sepang. Mereka telah ditemani guru-guru Kaunseling; cikgu Syarfiza dan Che Ruzana. Program telah disertai murid dari sekolah seluruh Sepang yang berjumlah 135 orang keseluruhannya.
   Objektif program tersebut adalah untuk memberi pendedahan suasana Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dan Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT). Ia diharapkan dapat memotivasikan calon UPSR untuk mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan UPSR nanti.
   Di antara pengisian lawatan sambil belajar tersebut adalah:
* Ceramah tips persediaan 68 hari sebelum UPSR
* Slot bersama Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) SSP
* Lawatan ke sekitar sekolah termasuk asrama
   Syabas dan tahniah kepada PPD Sepang atas penganjuran program ini. Semoga murid-murid yang terlibat akan lebih bersemangat dan berusaha keras untuk mencapai kejayaan dalam UPSR dan seterusnya menempatkan diri di mana-mana SBP. Kepada murid-murid lain yang tidak berkesempatan untuk mengikuti program tersebut, jangan berkecil hati. Kita semua boleh!!! Janji usaha dengan lebih kuat lagi... Berikut gambar-gambar lapan sekawan yang sempat dirakam.

7 comments:

  1. semoga semua anak didik akan beroleh kejayaan yang cemerlang!

    ReplyDelete
  2. Nampak daripada air muka pelajar-plajar tersebut memang potensi cemerlang.

    ReplyDelete
  3. Salam Sonata. Semua murid SKKW boleh berjaya asal saja kita berusaha. Buktikan kepada diri dan keluarga!

    Salam kak Nora. Firasat seorang cikgu biasanya betul, kita doakan kejayaan mereka. Tkasih.

    ReplyDelete
  4. terasa macam nak jadi budak sekolah pulak join diorang dan berjaya dalam UPSR. hehe.

    ReplyDelete
  5. Salam m6hidrogen. Sesungguhnya alam persekolahan adalah alam yang paling indah bagi setiap orang. Kalau dapat kejayaan dalam UPSR lagilah bertambah manis memori yang akan kita bawa meniti usia

    ReplyDelete
  6. Aida Ali ~ Terima kasih Ucapannya Cikgu!! InsyAllah Cikgu nanti pun mendapatkannya, melihat kegigihan cikgu, saya kagum. Tahniah.

    ReplyDelete
  7. Salam cikgu Yang. Kegigihan cikgu akan terbalas apabila anak-anak murid menghadiahkan keputusan yang terbaik. Insya Allah - setakat ini momentumnya tinggi. Doakan ya.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...