Tengah hari tadi, di dewan sekolah berlangsung program Mahabbah Mentor-mentee Tahun 6. Program anjuran Unit Bimbingan dan Kaunseling ini telah dikendalikan bersama guru-guru praktikum IPIS di bawah projek internship mereka. Terima kasih Alif, Firdaus, Faiz dan Zaihan. Semua guru telah hadir memberi kerjasama menjalankan aktiviti yang telah dirancang. Semoga hubungan antara murid-murid Tahun 6 serta mentor mereka akan bertambah rapat dan kamceng lagi selepas program ini.
Dengan ini diharapkan murid-murid akan lebih bersemangat untuk meningkatkan prestasi masing-masing dalam menuju UPSR. Teruskan perjuangan! Minggu depan Peperiksaan Percubaan UPSR Setara Negeri Selangor (Program Peningkatan Prestasi Akademik / PPPA 2). Buktikan ya anak-anak muridku yang tersayang......
1) Sesi Ice breaking
2) Sesi "Tingginya Menaraku"
3) Perbincangan mentor dan mentee
Program yang amat bagus, bukan je bebodak kite yg tua tua nipun kena gaks menghadiri kursus yg semacam itu. Ibarat mata parang, lelama tumpul jugak so kenalah diasah selalu tak gitu cikgu!
ReplyDeleteSalam Noorlara. Mata parang diasah boleh tajam. Hati manusia kalau tak betul jalin susah juga nak berubah :(
ReplyDelete