Saturday, December 31, 2011

2011 kan pergi

Selamat tinggal 2011...
tahun yang mencatat pelbagai memori
dalam diari hidupku ini
tawa riang duka lara saling berbaur

Biar kegembiraan silih menyapa
tak mungkin kulupa kesedihan yang satu itu
harapan masih tersisa
moga Allah kurniakan aku kekuatan
menempuh masa depan

Syukur padaMu
diri ini masih di bawah lindungan payung Mu
meski banyak kesilapan yang telah kulakukan
engkar dan alpa
ampunkan aku ya Allah

Selamat datang 2012...
hadirlah bersama cahaya
kurnia dan rezeki

Kantin tak ada air!

Pagi ini saya ke sekolah sebab nak buka pejabat dan bilik guru bagi membolehkan En. Zamri servis aircond. Masa balik, kelihatan pengusaha kantin; En. Lan dengan beberapa orang sedang meninjau-ninjau tempat paip bocor yang dibaiki hari tu. En. Lan beritau kantin tiada air. Rupa-rupanya hari ini merupakan hari pertama beliau buka kantin sejak cuti sekolah. Beliau telah memanggil kenalannya untuk memeriksa masalah tersebut dan didapati bekas tempat korek hari itu membuak-buak air dan bocor. "Ingatkan cikgu tanam rumput", kata En. Lan mengulas tentang kesan tempat korek itu. 
   Saya terus menghubungi En. Mohd. Dom; pegawai PPD Sepang Unit Pembangunan (maaf ya tuan ganggu cuti-cuti ni). En. Mohd. Dom minta saya menghubungi semula kontraktor yang membuat kerja-kerja membaiki hari tu - En. Fadil. Harap-harap selesailah masalah ini dan adalah air di kantin buka sekolah nanti.  
 En. Lan menunjukkan kesan kebocoran
Air mengalir deras ke longkang ini
Tempat yang dikorek pada 29.11.2011 lalu inilah bocor semula

Friday, December 30, 2011

Mesyuarat lagi

Sebagaimana yang dirancang, semalam diadakan Mesyuarat Induk Kurikulum dan Mesyuarat Induk HEM (sorry tak ambil gambar). Hari ini, diadakan pula Mesyuarat Induk Kokurikulum. Selain daripada itu, hari ini juga diadakan Mesyuarat Tahun 6 dan Mesyuarat Kakitangan. Esok cuti 3 hari. Hari Selasa minggu depan, semasa program Pendaftaran Prasekolah dan Orientasi Tahun 1, guru-guru lain mengambil peluang untuk mengadakan Mesyuarat Guru Sesi Petang, Mesyuarat Pendidikan Khas dan Mesyuarat Pusat Sumber. Insya Allah saya akan cuba hadir kesemua program dan mesyuarat tersebut untuk menyampaikan mesej-mesej penting. 
   Sesungguhnya perancangan awal ini amat signifikan dengan persediaan minda dan fizikal para guru bagi menyambut kedatangan tahun baru dengan segala bagai tugasan, perubahan dan karenah. Semoga perjalanan pengurusan, pentadbiran dan proses pengajaran - pembelajaran SKKW semakin cemerlang....
Mesyuarat Induk Koku di Bilik Mesyuarat
Mesyuarat Tahun 6 di PSS

Wednesday, December 28, 2011

Majlis Hi-tea MGB Sepang 2011

Tadi telah berlangsung Majlis Hi-tea anjuran Majlis Guru Besar Sepang sempena Akhir Tahun 2011 yang juga bertujuan untuk meraikan persaraan Guru-Guru Besar Daerah Sepang sepanjang tahun 2011. Majlis ini diadakan di Nilai Springs Golf Resort. Terima kasih kepada semua GB bersara yang sudi hadir. (Mohon maaf buat Pn. Sarojini)
Guru-Guru Besar yang diraikan adalah;
1. Pn. Hjh Norlia (mantan GB SK KLIA)
2. En. Misnon (mantan GN SK Taman Seroja)
3. En. Arumugam (mantan GB SJKT Ldg West Country 'Barat')
4. Tn. Hj. Ahmad Karim (mantan GB SK Pulau Meranti)
5. Pn. Samsidar (mantan GB SK Methodist, Sg. Pelek) 
6. En. Zulbadli (mantan GB SK Kg. Baharu Lanjut)
7. Pn. Sarojini (manatn GB SJKT Ladang Bute)
8. En. Munisamy (mantan GB SJKT Teluk Merbau) 
   Setinggi-tinggi penghargaan juga dirakamkan buat Tuan PPD Sepang; Tn. Haji Mat Jah bin Roslan yang sudi hadir memeriahkan majlis kami meskipun tuan sangat sibuk dengan urusan kerja. Difahamkan Tuan PPD telah meninggalkan mesyuarat penting di JPN semata-mata untuk bersama-sama kita. Demikianlah komitmen yang ditunjukkan oleh boss kita yang patut kita teladani dalam mengurus sekolah masing-masing. Tak lupa juga terima kasih jua diucapkan kepada Tn. Hj. Mutalib - Penolong PPD Sepang yang telah hadir tadi. Semoga gandingan pemimpin tertinggi daerah ini akan membawa pendidikan Sepang ke mercu kegemilangan, Insya Allah.
Cikgu Arumugam yang dah bersara pun nak daftar juga
Pn. Hjh Norlia Daya
Di lobi hotel
En. Munisamy dah sampai awal
Pn. Packiavathy, Ng dan Wan
Perbincangan profesional sementara menunggu Tuan PPD
Bergambar kat bangku istimewa
Tuan PPD sampai dah
Pengacara majlis - Raja Maimunah
Bacaan doa - Ustaz Azhar
Ucapan aluan Pengerusi MGB Sepang - En. Yahaya Om
Meja VIP
Ucapan Tuan PPD
Tiga sekawan
Ucapan wakil GB bersara - Pn. Hjh Norlia
Beratur mengambil makanan
Cenderahati dari PPD Sepang buat En. Misnon
En. Zulbadli
Ole-ole MGB buat Tn. Hj. Ahmad Karim
Hadiah khas En. Azman dan Pn. Raja Maimunah buat En. Munisamy
Cenderamata MGB buat Tuan PPD
Di sebalik cermin kaca

Bergambar kenangan
Bergambar di luar hotel

Bocor ke-3

Entah apalah nasib! Bilik pam air yang banjir hari tu (klik di sini) yang dikesan Jumaat lepas adalah kesan daripada kebocoran paip dalam tanah juga. Kali ini paip itu berada di bawah bilik pam. Sebab itulah lantai bilik pam dan stor pekerja di sebelahnya banjir dan digenangi air yang mengalir perlahan. Setelah pekerja pemaju berkelapangan datang membantu dan menyiasat hari ini, didapati rupa-rupanya ada 2 masalah;
1. Paip dalam tanah daripada luar ke dalam bilik pam bocor
2. Penyambung (anchor) paip atas simen ke dalam bilik pam retak.
    Melalui saluran air di luar bangunan jelas kedengaran bunyi air menderu-deru walaupun tak kelihatan disebabkan ia terlalu jauh ke bawah dan lubang saluran air itu kecil. Masuk hari ini dah 6 harilah kebocoran itu berlaku. Aduh!!!
   Masalahnya ia melibatkan air daripada tangki bilik pam itu ke tandas-tandas tingkat atas. Menurut pekerja, tandas tak ada air. Sekolah nak buka ni. Apakan daya, PPD sajalah tempat kami mengadu. Saya terus telefon En. Mohd Dom - Pegawai Unit Pembangunan PPD Sepang. Esok baru saya susuli dengan surat aduan berserta gambar. Harap-harap PPD segera datang untuk melihat dan seterusnya mengatasi masalah ini dengan segera sebelum sesi persekolahan bermula. Untuk rekod, masalah kebocoran paip bomba tempoh hari, PPD belum ambil tindakan lagi (klik di sini), datang lagi maslah baru. Ya ampunnn....!!
 

Mesyuarat Pengurusan dan Guru I

Walaupun sekolah masih bercuti, SKKW telah mengadakan pelbagai mesyuarat penyelarasan sepanjang minggu ini bagi tujuan membincangkan persediaan buka sekolah. Mesyuarat tersebut adalah seperti berikut;
1. Mesyuarat Pengurusan I (27.12.2011) - GB dan GPK
2. Mesyuarat Guru I (28.12.2011) - Semua guru
3. Mesyuarat Induk Kurikulum I (29.12.2011) - Semua AJK Kurikulum
4. Mesyuarat Induk HEM I (29.12.2011) - Semua AJK HEM
5. Mesyuarat Induk Koku I (30.12.2011) - Semua AJK Koku
6. Pendaftaran prasekolah dan Orientasi Tahun 1 (3.1.2012)
   Oleh kerana tahun depan, SKKW akan beroperasi 2 sesi, maka GPK Petang lantikan dalaman sekolah yang telah dipersetujui oleh PPD adalah Ustazah Noor Azian binti Ibrahim. Tahniah ustazah Azian!
Penolong Kanan Petang pertama SKKW
Mesyuarat Pengurusan melibatkan GB dan 5 orang GPK
Mesyuarat Guru kali pertama 2012

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...