Setelah lama menunggu, akhirnya pada hari Jumaat lepas (23.12.2011) barulah PPD dan JPS memberi kelulusan pembukaan sesi petang SKKW 2012. Itupun secara lisan saja, surat ABM (Anggaran Belanja Mengurus) KPM masih belum diterima. Tindakan seterusnya ialah menempah banner makluman persekolahan 2012 - termasuk jadual waktu sesi pagi dan sesi petang, Pendaftaran Prasekolah serta Orientasi Tahun Satu. Insya Allah banner ini akan dipasang sebaik sahaja ia disiapkan. Semoga banner ini akan menjawab segala keraguan dan persoalan mengenai pengoperasian persekolahan dua sesi tahun depan.
mengajar di tahun 1 lebih menyenang hati berbanding tingkatan 1, tak gitu cikgu?
ReplyDeleteAs-salam.
ReplyDeletePenggunaan kemudahan sekolah secara maksimumlah tu bila sekolah pagi petang, kan Cikgu? Semoga semuanya berlangsung lancar. Insya-Allah.
Salam Abu Hanifah : Masing-masing ada cabaran tersendiri.
ReplyDeleteSalam Temuk : Sebelum ni sekolah agama belajar pada sesi petang premis kami. Baru tahun 2012 ni nak buka petang. Semoga semua masalah dapat ditangani secara berhemah