Wednesday, December 28, 2011

Bocor ke-3

Entah apalah nasib! Bilik pam air yang banjir hari tu (klik di sini) yang dikesan Jumaat lepas adalah kesan daripada kebocoran paip dalam tanah juga. Kali ini paip itu berada di bawah bilik pam. Sebab itulah lantai bilik pam dan stor pekerja di sebelahnya banjir dan digenangi air yang mengalir perlahan. Setelah pekerja pemaju berkelapangan datang membantu dan menyiasat hari ini, didapati rupa-rupanya ada 2 masalah;
1. Paip dalam tanah daripada luar ke dalam bilik pam bocor
2. Penyambung (anchor) paip atas simen ke dalam bilik pam retak.
    Melalui saluran air di luar bangunan jelas kedengaran bunyi air menderu-deru walaupun tak kelihatan disebabkan ia terlalu jauh ke bawah dan lubang saluran air itu kecil. Masuk hari ini dah 6 harilah kebocoran itu berlaku. Aduh!!!
   Masalahnya ia melibatkan air daripada tangki bilik pam itu ke tandas-tandas tingkat atas. Menurut pekerja, tandas tak ada air. Sekolah nak buka ni. Apakan daya, PPD sajalah tempat kami mengadu. Saya terus telefon En. Mohd Dom - Pegawai Unit Pembangunan PPD Sepang. Esok baru saya susuli dengan surat aduan berserta gambar. Harap-harap PPD segera datang untuk melihat dan seterusnya mengatasi masalah ini dengan segera sebelum sesi persekolahan bermula. Untuk rekod, masalah kebocoran paip bomba tempoh hari, PPD belum ambil tindakan lagi (klik di sini), datang lagi maslah baru. Ya ampunnn....!!
 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...