Sunday, December 4, 2011

Insentif Parlimen Sepang

Pagi tadi berlangsung satu lagi Program Nurani Rakyat (program sebelum ini klik di sini), iaitu Majlis Penyampaian Sumbangan Insentif kepada Pelajar Cemerlang UPSR dan PSRA Parlimen Sepang Tahun 2011 yang telah diadakan di SJK (C) Dengkil. Majlis telah disempurnakan oleh Ahli Parlimen Sepang - YB Dato' Sri Ir. Mohd. Zin bin Mohamed yang juga merupakan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Bahagian Sepang.
   Berikut adalah pecahan pelajar-pelajar cemerlang yang mendapat 5A, 6A dan 7A dalam UPSR 2011;
1. DUN Tanjong Sepat             61 orang
2. DUN Dengkil                       183 orang
3. DUN Sungai Pelek             147 orang
    Jumlah                                  391 orang
   Berikut pula adalah pecahan pelajar cemerlang yang mendapat Mumtaz dalam PSRA 2011;
1. Daerah Sepang                  176 orang
2. Daerah Kuala Langat         126 orang
   Jumlah                                   302 orang
   Terima kasih banyak diucapkan kepada YB Dato' Sri Ir. Mohd. Zin atas sumbangan berupa wang tunai RM50.00 serta calculator yang mahal itu. Semoga insentif ini akan menjadi pemangkin kepada murid-murid cemerlang ini agar lebih berjaya pada masa depan. Tahniah jua kepada YB Dato' Sri kerana tidak pernah jemu-jemu menghulurkan sumbangan kewangan maupun sokongan padu dalam mencemerlangkan pendidikan di daerah Sepang khususnya dan negeri Selangor amnya.
 Kak Zan berlatarbelakangkan dewan SJK(C) Dengkil
Dewan penuh sesak dengan penerima sumbangan serta keluarga
Antara GB yang hadir
Berdiri tegak menyanyikan lagu 'Negaraku'
Ucapan PPD Sepang - Tn. Hj. Mat Jah bin Roslan
Ucapan YB Dato' Sri Ir. Mohd. Zin bin Mohamed
Murid-murid beratur menerima sumbangan
Bersama kak Noredzan - GB SKTS
Murid cemerlang SJK(T) Teluk Merbau bersama keluarganya
Ibu bapa merakamkan kenangan
Juruacara majlis membacakan data penerima mengikut sekolah
 Soffiyah dan Malisha antara yang menerima sumbangan
Lokman dan Wafi ceria
Manis senyuman Sharifah Sarah

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...