Sebagaimana yang dirancang, semalam diadakan Mesyuarat Induk Kurikulum dan Mesyuarat Induk HEM (sorry tak ambil gambar). Hari ini, diadakan pula Mesyuarat Induk Kokurikulum. Selain daripada itu, hari ini juga diadakan Mesyuarat Tahun 6 dan Mesyuarat Kakitangan. Esok cuti 3 hari. Hari Selasa minggu depan, semasa program Pendaftaran Prasekolah dan Orientasi Tahun 1, guru-guru lain mengambil peluang untuk mengadakan Mesyuarat Guru Sesi Petang, Mesyuarat Pendidikan Khas dan Mesyuarat Pusat Sumber. Insya Allah saya akan cuba hadir kesemua program dan mesyuarat tersebut untuk menyampaikan mesej-mesej penting.
Sesungguhnya perancangan awal ini amat signifikan dengan persediaan minda dan fizikal para guru bagi menyambut kedatangan tahun baru dengan segala bagai tugasan, perubahan dan karenah. Semoga perjalanan pengurusan, pentadbiran dan proses pengajaran - pembelajaran SKKW semakin cemerlang....
Mesyuarat Induk Koku di Bilik Mesyuarat
Mesyuarat Tahun 6 di PSS
Assalamu'alaikum Aida...
ReplyDeleteSelamat kembali meneruskan kesibukan sebagai seorang pendidik dan pentadbir sekolah.
Eh! meja mesyuarat tu terletak di bawah tangga ke? :)
Tu bilik Pusat Sumber (PSS), cikgu-cikgu tumpang mesyuarat. PSS kami 2 tingkat...
ReplyDeleteselamat bertugas kembali ...
ReplyDelete