Terima kasih kepada facebook kerana dalam bulan ini telah menemukan saya dengan teman-teman Tingkatan 6 Sekolah Menengah Clifford, Kuala Lipis, Pahang 1980 / 1981. Masing-masing sibuk nak reunion. Dalam kesempitan masa dan ruang, saya dan rakan karib; Asnah Hussin berusaha juga untuk bertemu. DipermudahkanNYA, maka berlakulah pertemuan itu tadi. Kami bertemu di Giant, Nilai selama lebih sejam. Tak terkata rasanya rindu dendam selepas 30 tahun tak bersua dan hilang khabar berita. Nah tetap tak berubah, manis dan riuh orangnya. Semoga kita bertemu lagi dan kalau dapat rakan-rakan lain join sama, alangkah seronoknya...
Saya dan Asnah pada bulan Julai 1981
Setelah 30 tahun tidak bertemu
Nah sekarang mengajar di SMVokasional, Port Dickson
Gembira sangat dapat bersua semula
Makan KFC sambil flashback kisah-kisah lama
Semalam FB menemukan IM dengan orang sekampung. Tapi tengok dari fotonya tu, macam orang kenamaan jer..
ReplyDeleteFikir banyak kali juga nak accept 'friend'nya tu...
Terpulang pada kita nak accept ke tidak.
ReplyDeleteSalam...
ReplyDeleteckLah pun bertemu semula Ustazah Azian Ibrahim di facebook. Senior masa di sekolah dulu...
saya pun jumpa kawan2 lama melalui fb jugak...seronok kalau dapat jumpa, mcm2 cerita yg nak dikongsi...
ReplyDeleteAs salam...
ReplyDeleteKak Aida org Melaka ke org Pahang?
Kompius...huhuhu..
Sonoknye jumpa kawan lama kan..
Mcm2 citer kuar.. :)
Salam cik Shinju. Saya lahir K.Lipis, Pahang sebab ayah kerja keretapi. Bila pencen 1990, kami balik kampung Melaka. Saya bersekolah di Lipis sampai Tingkatan 6. Lama tak jenguk Lipis, rindu..
ReplyDelete