Thursday, December 1, 2011

Kolokium Kajian Tindakan

Setelah dicalonkan oleh PPD, sekali lagi saya memandu menaiki bukit Genting Highlands untuk mengikuti Kolokium Kajian Tindakan selama 3 hari di IAB bermula 29 November 2011 yang lalu hingga hari ini 1 Disember 2011. Ramai juga peserta yang hadir - 163 orang iaitu 81.5% daripada sasaran. Selain dapat menimba ilmu berkaitan Kajian Tindakan (KT), yang seronoknya saya dapat berjumpa teman-teman lama. 
   Manis sungguh pertemuan dengan teman semasa bersekolah di Tingkatan 1 - 3 di Semarak, Kuala Lipis era 1975 -1977 dulu. Norani binti Mohd Ludin, nama yang sangat lekat di benak saya. Walaupun tetap sama seperti dulu tetapi saya hanya mengingatinya pada hari kedua kolokium. Best bercerita kisah-kisah zaman muda-muda dulu. Tiba-tiba terasa rindu kat Haslina Hashim, Hasanudin, Rosilawati, Marhaimi, Tan Lee Gan dll. Tahniah Ani - sekarang merupakan Pengetua di SMK Karak Setia, Bentong. Semoga kita berjumpa lagi pada masa depan.
   Seorang lagi rakan lama yang saya tak lupa namanya ialah Sa'ah. Sa'ah bersama suaminya dari Johor hanya melapor diri sehari saja di IAB (Utara) untuk mengikuti program NPQH pada tahun 2004 dulu. Mereka suami isteri telah membuat keputusan untuk tidak meneruskan pengajian dan pulang pada hari kedua selepas mendengar taklimat berkaitan NPQH. Puas saya mendengar cerita-cerita dari Sa'ah bahawa beliau sangat sedih dengan keputusan suami beliau. Tetapi menurut Sa'ah banyak hikmah yang diperolehinya kerana taat kepada suami. Bak kata beliau; 1 kita tolak 10 kita dapat! Suka saya dengar - beliau dan suami beliau kini telahpun mendapat pelantikan DG41 setelah menyambung pelajaran melalui laluan PJJ OUM.
   Duduk bersebelahan sahabat baik; Pn. Salmiah Hashim - GB SK Putrajaya Precint (18), kami bercadang untuk membuat kajian tindakan secara kolaborasi 2 sekolah. Saya kalau bersembang dengan kak Salmiah memang begitulah, rasa nak sambung belajar pun ada. Insya Allah, nanti kami cuba serius untuk membuat kajian tindakan tersebut hasil motivasi dan celik ilmu melalui kolokium hari ini. Semoga boleh diketengahkan ke peringkat IAB atau JPN / PPD. Sekalipun tidak ke mana, harapan kami projek ini dapat memberi perubahan terhadap pelbagai masalah yang kami hadapi di sekolah. Bak kata Timbalan Pengarah IAB - Dr. Jamil bin Adimin - To know is not enough! So marilah kita membudayakan kajian tindakan dalam kerjaya mendidik kita sebagai satu usaha meningkatkan prestasi serta mencemerlangkan pendidikan anak bangsa.
Dr. Zaiton Ismail - Timbalan Pengarah Khidmat Latihan IAB
Tn. Hj. Sufa'at bin Tumin (TKPPM) membentang kertas kerja dan merasmi
Posing kat Tangga Sihat dari sisi berbeza
Sempat lagi naik cable car
Sejuk nyaman kat atas gunung
Pantang jumpa badut
Kat luar pintu masuk je
Tn. Hj. Kamaruzaman antara pembentang
Program Semurni Zam-zam - menarik!
Norani Mohd Ludin (tengah) rakan semasa kecil
Bersama Sa'ah teman sehari semasa NPQH 2004 dulu
Plan nak buat KT dengan kak Salmiah
Peserta-peserta Selangor
Semoga ketemu lagi
Jumpa adik-beradik bas rombongan Korea tempoh hari
Ada tulisan Korea lagi...

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...