Tuesday, December 27, 2011

Reunion setelah 30 tahun

Susulan pertemuan dengan Asnah pada 17.12.2011 yang lalu, kami serta beberapa rakan lain menyatakan hasrat untuk menjejakkan kaki ke SMClifford, K.Lipis, Pahang. Melalui facebook dan sms, kami mula merancang. Susah juga nak buat keputusan. Meskipun masing-masing sibuk dan banyak komitmen, alhamdulillah semalam hajat kami tercapai. Asnah memulakan langkah seawal selepas Subuh, turun ke Sepang dan bersama saya menaiki ERL ke KL Central. Di KL Central, Abu Bakar menjemput kami dan terus ke rumah Yati di IPGM Kampus Bahasa di Lembah Pantai.
   Kami berempat pun meneruskan perjalanan ke Lipis. Sampai di SMC pada pukul 12.00 tengah hari, Sarimah Razak yang bertugas sebagai PK Rendah Sekolah Model Khas di SMC tu telah sedia menunggu. Seronok bercerita sambil posing di sekitar sekolah lama kami tu. Kami dijamu pulut dengan rendang kerbau yang famous tu. 
   Sambil bercerita, kami menghubungi kawan-kawan lain sambil mengajak mereka datang join. Ramai juga yang ada hal, tak dapat bersama kecuali Shukor dan Man Tahar yang ada sedikit kelapangan dan meminta kami datang ke Jerantut menemui mereka. Sepakat kami bersetuju pergi ke Jerantut pula - tak plan pun. Double seronok dapat bersua dan bersembang dengan Shukor dan Man. Terima kasih Man belanja kami makan nasi lauk ikan patin masak tempoyak, baung masak rong dan ulam-ulaman.
   Bila kami nak berpisah, tiba-tiba Firdaus msg minta kami singgah ke rumahnya. Triple seronok dapat jumpa Firdaus yang kini Timbalan PPD Jerantut bersama isterinya; Rosma yang juga kawan kami. Terima kasih yang tidak terhingga atas layanan yang cukup mesra dari orang Jerantut. Keseluruhannya; kami dapat berjumpa dengan 9 orang rakan lama Tingkatan 6 SMC 1980/1981 kami setelah 30 tahun tidak bersua....
   Kami bertolak balik pada pukul 6.30 petang, singgah solat di Sentul dan dapatlah saya dan Asnah menaiki ERL pukul 9.30 malam. Terima kasih daun keladi buat Bakar kerana sudi membawa kami. Lain kali kita reunion lagi. Kami memanjatkan syukur ke hadrat Allah SWT kerana telah memberi kami kesihatan hingga ke saat ini dan memungkinkan kami untuk datang sejauh ini berjumpa dengan rakan-rakan lama. Entah bilalah dapat bertemu lagi....
Tiba di KL Central dengan Asnah jam 8.00 pagi
Yati, saya dan Nah tumpang kereta Bakar
Driver kami yang sangat berjasa
Kak Sarimah menyambut kami di SMC
Tak dan-dan nak ambil gambar
Ni gambar kita kat dalam kelas ni
Bergambar dengan Bakar - jom masuk dalam kelas
Kelas Tingkatan 6 Rendah 2 (T6R2) 1980
Kelas yang sama tahun 2011
Sekarang dah jadi kelas 6 Mohor 1
Murid tua melepas rindu
Menjenguk tingkap memori

Lokasi sejarah
Nah dan saya di tempat yang sama 30 tahun dulu
Peace No War
Sama tak muka saya dengan atuk saya tu?
Terima kasih kak Sari jamu kami pulut rendang kerbau
Yati - teman baik sejak Form 1
Selamat Berpisah kak Sari
Singgah ambil gambar kat signboard sekolah
Tahniah sekolahku telah menjadi sekolah kluster
Di Jerantut, jumpa Shukor
Dan Man Tahar

Man belanja kami makan
Sedap sangat lauknya
Terima kasih Man dan Shukor
Bakar tanya Firdaus - kenal tak siapa tu?
Di rumah Firdaus
Terima kasih Rosma menerima kehadiran kami
Mampukah kuulangi pertemuan semesra ini?
Saling berpelukan mengiringi perpisahan
Semoga bertemu lagi di lain masa - bye!

4 comments:

  1. tahniah . bertemu rakan sekolah lama adalah peristiwa yang sangat menyeronokkan. saya sudah dua kali mengadakan pertemuan seperti itu .... empat jam majlis berlangsung seperti baru sepuloh minit.

    ReplyDelete
  2. TQ Abu Muaz, begitulah perasaan kami. Sat lagi saya uploadkan lagi gambar-gambar lain untuk kenangan saya dan teman-teman..

    ReplyDelete
  3. salam..
    kami dulu baru 22 tahun
    punya majlis..Kak punya
    30 tahun..lagi lama tu..
    ermm..memang seronok jumpa
    kengkawan lama..banyak kisah
    dan cerita..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...