Hari tu baru je sudah PPD baiki paip bocor (klik di sini), dia buat lagi! Dah seminggu kebocoran baru ini dikesan. Oleh kerana saya bermesyuarat di luar dan bercuti, GPK dan KPT telah mengambil tindakan memaklumkan dan menulis surat aduan ke PPD. Kali ini yang bocor adalah pili bomba. Membuak-buak airnya! Banyaklah bil bulan ni :(
Paip bocor kat tembok pagar berhadapan kelas Pendidikan Khas
Air keluar dengan banyaknya
Mengalir ke sini
Turun ke longkang utama dengan lajunya
Alahai... sekolah baru pun boleh bocor juga... lainlaa sekolah saya yang dah hampir 50 tahun..semedangnya bocor.. yang paling kesian orang kantin... kena bayar bil melambong-lambong...
ReplyDeleteAssalamualaikum.
ReplyDeleteSemoga segala yang bocor itu diperbaiki secepat mungkin.
Tu le pasal. Moral of the story; jangan ingat sekolah baru semua perfect - tak habis-habis rosak satu persatu. Satu lagi masalah SKKW yang nampak baru + canggih ini ialah bekalan elektriknya... Penat melayannya.
ReplyDeleteWaalaikumsalam Ashrafi. Dah seminggu tak ada siapa datang tengok lagi, entah bilalah akan dibaiki?
ReplyDeletepembaziran tu kalau lambat di baikki...
ReplyDeleteSalam Zino. Setelah menghubungi wakil pemaju, valve paip bomba tu dapat ditutup - tak adalah membazir. Harap PPD akan turun cepat untuk membaiki. Yang tak bestnya pergi sekolah pagi ni, ada lagi kes bocor. Kali ni tangki air naik ke tandas-tandas pula keluar air. tak tau apa puncanya. Nanti saya buatkan entri berserta gambarnya. Masalah betullah, poning kepala den!
ReplyDeletesalam kak aida..
ReplyDeletekonfem la melambung bil air nanti
salam kenal ;)
salam,
ReplyDeletebocor paip air boleh dibaiki. bocor akhlak......??
Salam kenal Irfa. Confirmlah tu...
ReplyDeleteSalam IM : Bocor akhlak perlu kesedaran dalaman untuk membaikinya. Insya Allah, tak ada yang mustahil, tak gitu IM?