Monday, September 26, 2011

Penutup Bulan Kemerdekaan

Tadi telah diadakan Majlis Penutup Bulan Kemerdekaan secara sederhana. Selain menyanyikan lagu-lagu patriotik, GB telah menyampaikan hadiah kepada pemenang-pemenang pertandingan yang diadakan sepanjang bulan kemerdekaan tersebut. Antara acara yang telah diadakan sepanjang sebulan yang lalu ialah pertandingan mendeklamasi puisi, busana merdeka, mewarna, keceriaan bilik darjah, bilik khas dan banyak lagi. Semoga anak-anak SKKW akan menghayati erti kemerdekaan sebenar dan lebih mencintai negara yang kita sayangi ini.
 Hadiah pertandingan bulan kemerdekaan
Penyelaras PSS - Pn. Normi Yahya menerima hadiah tempat ke-3 pertandingan keceriaan bilik-bilik khas
Pn. S.Jamilah A.Bakar menerima hadiah ke-2 keceriaan bilik khas untuk bilik Pemulihan Khas
Juara bilik khas merdeka - Bilik Pendidikan Khas. Tahniah buat Pn. Nor Mi Aw. Nik dan guru-guru P.Khas
Panitia Pendidikan Islam menganjurkan cabutan bertuah sempena Bulan Panitia Pendidikan Islam

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...