Monday, September 12, 2011

Restu Ilmu

Esok UPSR akan bermula. Debaran semakin rancak. Pagi ini SKKW mengadakan Majlis Restu Ilmu semasa perhimpunan. Sebelum murid-murid Tahun 6 bersalaman dengan guru-guru mohon restu dan dihalalkan ilmu yang dicurahkan selama ini, satu acara gimik telah dipersembahkan dengan penuh simbolik. 2 orang murid dengan baju konvo diapit 'ibu bapa' mereka menerima skrol ijazah daripada 'Naib Canselor'. Semoga ia memberi motivasi kepada calon-calon UPSR serta murid-murid lain untuk berusaha dan bercita-cita mencapai kejayaan sehingga ke menara gading.
   Suasana ketika sesi bersalaman sangat mengharukan. Ramai murid tak kira lelaki maupun perempuan telah menitiskan air mata keinsafan. Guru-guru juga tidak kurang menangis sambil memberi kata-kata semangat kepada anak-anak murid. Doa mengiringi perjalanan kalian agar dapat menjawab soalan dengan tenang. Good luck!
** Syabas buat ustazah Norina kerana telah berjaya mendeklamasikan sajak dengan begitu menyentuh perasaan dan sanubari**
'Ibu bapa' turut bersedia bersama 'anak-anak'
 Menerima Ijazah Sarjana Muda Perubatan
Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan
Bergambar dengan Naib Canselor Universiti Kota Warisan
Kebanggaan ayah bonda
Mohon restu guru-guru
Maafkan kami, cikgu
Jawab betul-betul
Forgive me, teacher
Halalkan ilmu yang kaucurahkan, wahai guru

2 comments:

  1. Assalam CIKGU
    Wow, sekolah cikgu jadi universiti sekejap, ya? Mudah-mudahan, suatu hari, 'Naib Canselor' tu akan menyaksikan kanak-kanak itu benar-benar manjadi doktor perubatan dan seorang lagi menjadi jurutera. Atau yang lebih uumph lagi! Bila lihat anak-anak tu menangis (saya juga ada lihat di tv), yang tak kena mengena ni pun jadi amat sebak. Hope all your students will excel!

    ReplyDelete
  2. Selamat Hari Raya cikgu Temuk. Insya Allah semoga cita-cita mereka akan tercapai suatu hari nanti....

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...