Friday, September 9, 2011

Sekolah band 2 terpilih

Lebih kurang pukul 4.30 petang tadi ketika saya berada di PPD atas urusan MGB Sepang, sekolah telah menerima panggilan dari pihak JPN Selangor. Kerani sekolah; Odie lantas menghubungi saya mengatakan sekolah diminta melengkapkan maklumat yang telah dihantar melalui gmail sekolah dengan kadar segera.
   Di rumah, saya pun bukalah gmail sekolah. (Cikgu-cikgu yang belum buka gmail sekolah, tengoklah sendiri). Saja nak share dengan warga SKKW, berikut adalah isi gmail tersebut...
   Subject: Maklumat Akademik & Skor SKPM Sekolah Band 2 (yang terpilih) -Terkini
Guru Besar
Assalammualaikum & Salam Sejahtera,
Dipohon kerjasama tuan untuk mengisi Maklumat Akademik & Skor SKPM Sekolah Band 2 seperti yang terdapat dalam attachment dan kembalikan sesegera mungkin melalui emel saya untuk dipanjangkan ke Kementerian Pelajaran Malaysia pada 12.9.2011.
Selamat Hari Raya Aidilfitri & terima kasih.
--
Haji Ahmad Isa Bin Tan Sri Dato Hassan
Penyelia Kanan
Sektor Pengurusan Sekolah
Jabatan Pelajaran Selangor.
Tel: 03-55186516
Faks: 03-55106477
Email: isahassan88@yahoo.com 
   Antara maklumat yang dikehendaki termasuklah;
1. GPS 2010
2. GPS 2011 - PPT Tahun 6 dan Percubaan UPSR
3. Skor SKPM (Penarafan Kendiri) 2011 - 2010 dan 2003
   Wow urgent betul ni! Melalui senarai 40 sekolah yang tertera pada mukasurat yang dilampirkan itu, nampaknya hanya SKKW saja sekolah yang mewakili daerah Sepang (banggalah jugak). Namun item no. 3 macam tak ada je lagi.... Apapun esok dah pakat dengan SU Peperiksaan; Norina nak isi dan send ke JPS semula.
   Tahniahlah buat semua warga SKKW kerana kita telah terpilih lagi. Yang penting cabaran perlu disahut. Pastikan keputusan UPSR 2011 melonjakkan kita ke persada kecemerlangan. Terma kasih juga kepada pihak JPS dan PPD yang telah memberi kepercayaan.
   Semoga SKKW terus berjaya di tengah-tengah pelbagai tugas dan beban kerja yang mendatang. Senyum semua dan enjoy okay...

3 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...