Wednesday, September 21, 2011

Seminar Pengauditan

Bertempat di Hotel Goldcourse, Klang, petang tadi selesailah sudah Seminar Pengauditan Sekolah-Sekolah Kebangsaan Negeri Selangor yang telah berjalan dengan lancarnya. Majlis anjuran MGB Negeri Selangor dengan kerjasama JPN Selangor ini telah mengumpulkan 441 orang Guru Besar SK dan SRK seluruh Selangor. 
   Tahniah buat semua Exco yang telah bekerja keras merancang dan melaksanakan program besar yang julung-julung kali diadakan ini. Jelas sekali setiap pegawai dan Exco telah menunjukkan semangat setiakawan dan kerjasama yang mantap. Semoga peserta-peserta yang hadir mendapat manfaat dari setiap slot dan pengisian seminar hari ini. 
Mesyuarat persiapan seminar telah diadakan seminggu lebih awal di hotel yang sama
Setiap AJK memberi laporan
Persiapan bahan sehari sebelum seminar
Perasmian oleh Pengarah JPS yang baru - Tn. Abdullah
Peserta seminar
Barisan Exco menunggu ketibaan Pengarah
Pengarah dah tiba - daftar di kaunter ICT pendaftaran
"Negaraku"
Pengacara slot pagi - En. Murad dari Klang
Ucapan aluan YDP MGBS - En. Aziz
Ucapan perasmian Pengarah
Pegawai dan Exco bergambar kenangan bersama Pengarah
Minum pagi
Menjamu selera

Tumpang sekaki
Ceramah audit oleh Pn. Shikin - Pemangku Ketua Audit Selangor
Pengacara petang - En. Yahaya Sepang
Ceramah YGMB
Sesi Bersama YDP MGB Selangor
Majlis penutupan : Ucapan KU JPS - Tn. Hj. Md. Razak Hamjar
(Terima kasih banyak buat En. Hanif - juruteknik SK Teluk Pulai, Klang serta Zie - GB SK Teluk Pulai atas bantuan yang telah dihulurkan)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...