Thursday, September 8, 2011

Cenderahati alat tulis

Bertempat di SK Taman Seroja, pagi tadi berlangsung Majlis Penyampaian Alatan Tulis Kepada Calon UPSR Sekolah-Sekolah Rendah Parlimen Sepang. Majlis tersebut telah disempurnakan oleh YB Dato. Sri Ir. Mohd. Zin bin Mohamed Ahli Parlimen Sepang merangkap Ketua UMNO Bahagian Sepang dan Pengerusi Barisan Nasional Sepang. 
  Majlis turut dihadiri oleh Tuan PPD Sepang; Tn. Hj. Mat Jah bin Roslan, wakil PPD K. Langat; En. Azlan, ADUN Sungai Pelek; En. Yap Ee Wah serta pemimpin-pemimpin masyarakat yang lain. Sebanyak 37 buah sekolah rendah daerah Sepang dan 13 buah sekolah rendah daerah Kuala Langat yang termasuk di dalam Parlimen Sepang telah hadir untuk menerima sumbangan. Calon UPSR tahun ini bagi kesemua 50 buah sekolah tersebut berjumlah sebanyak 4,167 orang. Terima kasih diucapkan kepada YB Dato Sri Ir. Mohd. Zin atas penyampaian cenderahati tersebut. Sesungguhnya jasa YB terhadap bidang pendidikan sangat banyak dan takkan kami lupakan.
Hadirin di kalangan Guru Besar / wakil serta pemimpin masyarakat
Barisan cenderahati alat tulis
Dengan kak Zan - GB sekolah tuan rumah
Bersama GPK1 SKTS dan wakil penganjur
Murid-murid Tahun 6 SKTS yang terlibat
YB Dato' Sri Ir. Mohd. Zin menyampaikan ucapan
Penyampaian cenderahati kepada murid-murid SKTS

4 comments:

  1. salam...saya heran betol la dgn cikgu ni...sempat lagi ya cikgu snap gambar b4 majlis tadi..hihi..apapun terima kasih kerna menapakkan kaki ke skts :P

    ReplyDelete
  2. Jom join giveaway dari Wanita2u pula. :)
    Hadiah mmg sangat menarik. Berbaloi-baloi join. Hehehe.

    http://portalwanita2u.blogspot.com/2011/09/wanita2u-2nd-giveaway.html

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum puan..

    ahli parlimen sepang nie dulu Menteri kerjaraya kan???

    ReplyDelete
  4. Salam Emi. Hobilah katakan..

    Salam Sahrom. Betullah tu..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...