Friday, September 23, 2011

Surau 5 Bintang

Rezeki tidak datang bergolek.... tapi memang bertuah SKKW hujung-hujung tahun ni. Tadi, saya telah menerima sepucuk surat dari JPN Selangor menyatakan bahawa SKKW telah dipilih untuk menerima anugerah;
1. Pengurusan Panitia Pendidikan Islam (Sekolah Rendah)
2. Pengurusan Dakwah (Sekolah Rendah)
3. Surau 5 Bintang (Sekolah Rendah)
   Anugerah-anugerah tersebut akan disampaikan pada 28 September 2011 depan di SAM Rawang, Gombak dalam Majlis Anugerah Kualiti Pendidikan Islam dan Anugerah Kecemerlangan Institusi Pendidikan Agama JPS Tahun 2011. (Nampaknya Pn. Shikin yang akan mewakili saya)
   Pemantauan terhadap surau dan pengurusan Panitia Pendidikan Islam ini telah dilakukan pada minggu lepas. Syukur dan tahniah sekali lagi buat seluruh warga SKKW terutama guru-guru Pendidikan Islam dan j-QAF. Sesungguhnya kalian memang hebat dan komited. Pelbagai program dan sistem pengurusan yang sistematik merupakan kunci kejayaan tersebut. Semoga guru-guru lain akan dapat meneladani kegigihan ini dalam mengurus panitia dan unit masing-masing.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...