Monday, September 26, 2011

Sepetang Bersama PPD

Sebagaimana yang telah dirancang sekian lama oleh AJK MGB Sepang, petang tadi saya berserta Guru-Guru Besar seluruh Sepang telah menghadiri Program Sepetang Bersama PPD Sepang bertempat di Allson Hotel, Putra Nilai. Terima kasih banyak diucapkan kepada Tuan PPD Sepang - Tn. Hj. Mat Jah bin Roslan dan Penolong PPD Sepang - Tn. Hj. Mutalib bin Tomran kerana sudi hadir memeriahkan majlis ini. Kami amat terharu apabila Tn. PPD menyatakan bahawa beliau sepatutnya menerima anugerah MSSS di Hotel Goldcourse, Klang pada waktu yang sama tetapi telah mewakilkan kepada Tuan Timbalan PPD Sepang semata-mata untuk menerima undangan kami. 
   Sesungguhnya pengorbanan tuan itu jelas menunjukkan tuan bersedia untuk jatuh-bangun bersama Guru-Guru Besar dalam memperkasa dan memajukan pendidikan di daerah ini. Setinggi-tinggi penghargaan atas keprihatinan yang tuan tunjukkan. Dan ini akan lebih menaikkan semangat para Guru Besar daerah Sepang untuk mengurus dan mentadbir dengan lebih cemerlang.
Pengerusi MGB Sepang - En. Yahaya Om menyambut kedatangan Tn. PPD Sepang - Tn. Hj. Mat Jah Roslan
Pn. Noredzan mengacarakan majlis
Pengacara majlis santai berfokus
Antara GB yang hadir
YDP MGB Sepang - En.Yahaya meluahkan isu-isu semasa
Tn. PPD Sepang nyata berkaliber lagi mesra
Dari sudut cermin dessert
Sedap menunya
En. Sukimin melontarkan pendangan
Perbincangan pasca jamuan

2 comments:

  1. Kalau kakak perhatikan banyak-banyak institusi yg melibatkan masyarakat, masyarakat guru/cikgu memang punya peraturan yg indah dan banyak pengorbanan dilakukan demi kemajuan insan sejagat...

    ReplyDelete
  2. Terima kasih atas penghargaan itu kakzakie. Guru zaman sekarang terikat dengan banyak peraturan dan dibebani dengan banyak tanggungjawab. Hanya keikhlasan diri yang akan memudahkan segala urusan...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...