Tuesday, September 27, 2011

Persiapan pertandingan

Tak berapa jam je lagi saya akan bercuti mengikuti lawatan kerja anjuran MGB Selangor ke Shanghai. 5 hari saya di China, banyak peristiwa bersejarah akan berlangsung di sekolah. Diharap GPK dan guru-guru dapat meneruskan perjuangan bagi menghadapi Pertandingan PSS Cemerlang pada Khamis (29.9.2011) ini dan PPDa pada Isnin (3.10.2011) depan. Saya doakan tuan/puan dapat melakukan yang terbaik dan Insya Allah kita akan beroleh kejayaan. Semoga semua guru dapat memberi kerjasama yang baik kepada Pn. Normi Yahya dan En. Mohd Rohaizat serta Pn. Che Ruzana dalam memantapkan persiapan yang telah dirancang.
   Berikut adalah gambar-gambar persekitaran terkini sekolah serta persediaan yang sedang giat dilakukan menjelang 2 pertandingan besar tersebut.
Backdrop  yang akan menyambut pemantau lusa - akan ditukar kepada PPDa Isnin depan

Tempat perhimpunan berbaju baru
Sudut bacaan kreatif - turut akan dinilai

Seronok dapat masuk blog
Suasana kemerdekaan masih dirasa
Projek keceriaan pasca UPSR - melukis mural PPDa
Lukisan basic
Murid-murid membantu cikgu Rohaizat di bilik PPDa

Label tunggu untuk digantung
Papan kenyataan Nilam
Info PSS
Mini zoo
Alam Samudera
Sudut Warisan
Bilik SAL
Kakitangan penting membantu Guru Media
Tunjuk arah
Tangga bermaklumat
Dewan Seminar
Kerja-kerja mengecat maklumat PPDa di tempat perhimpunan
Tengah hari : Mesyuarat 3 in 1 - PSS, PPDa dan PAT
En. Rosli berkongsi info hasil pengalaman beliau menilai PSS Cemerlang pada 2008 dan 2009 lalu
Pn. Asnah mempengerusi mesyuarat PPDa
Pn. Shikin berbincang tugas-tugas PAT
Laman PPDa
Hati-hati memanjat tu
Menyiapkan bahan di Lorong PPDa
Pondok PPDa
Nampak tak jaring tu?
Ada sangkar lagi
Siap dah
SKKW - Sekolah Bebas Dadah
(Esok Pn. Mimi ditemani Pn. Asiah akan menerima Anugerah Surau dll tu. Tahniah buat ustaz ustazah yang gigih. Usaha kalian memang berbaloi)

Monday, September 26, 2011

Sepetang Bersama PPD

Sebagaimana yang telah dirancang sekian lama oleh AJK MGB Sepang, petang tadi saya berserta Guru-Guru Besar seluruh Sepang telah menghadiri Program Sepetang Bersama PPD Sepang bertempat di Allson Hotel, Putra Nilai. Terima kasih banyak diucapkan kepada Tuan PPD Sepang - Tn. Hj. Mat Jah bin Roslan dan Penolong PPD Sepang - Tn. Hj. Mutalib bin Tomran kerana sudi hadir memeriahkan majlis ini. Kami amat terharu apabila Tn. PPD menyatakan bahawa beliau sepatutnya menerima anugerah MSSS di Hotel Goldcourse, Klang pada waktu yang sama tetapi telah mewakilkan kepada Tuan Timbalan PPD Sepang semata-mata untuk menerima undangan kami. 
   Sesungguhnya pengorbanan tuan itu jelas menunjukkan tuan bersedia untuk jatuh-bangun bersama Guru-Guru Besar dalam memperkasa dan memajukan pendidikan di daerah ini. Setinggi-tinggi penghargaan atas keprihatinan yang tuan tunjukkan. Dan ini akan lebih menaikkan semangat para Guru Besar daerah Sepang untuk mengurus dan mentadbir dengan lebih cemerlang.
Pengerusi MGB Sepang - En. Yahaya Om menyambut kedatangan Tn. PPD Sepang - Tn. Hj. Mat Jah Roslan
Pn. Noredzan mengacarakan majlis
Pengacara majlis santai berfokus
Antara GB yang hadir
YDP MGB Sepang - En.Yahaya meluahkan isu-isu semasa
Tn. PPD Sepang nyata berkaliber lagi mesra
Dari sudut cermin dessert
Sedap menunya
En. Sukimin melontarkan pendangan
Perbincangan pasca jamuan

Penutup Bulan Kemerdekaan

Tadi telah diadakan Majlis Penutup Bulan Kemerdekaan secara sederhana. Selain menyanyikan lagu-lagu patriotik, GB telah menyampaikan hadiah kepada pemenang-pemenang pertandingan yang diadakan sepanjang bulan kemerdekaan tersebut. Antara acara yang telah diadakan sepanjang sebulan yang lalu ialah pertandingan mendeklamasi puisi, busana merdeka, mewarna, keceriaan bilik darjah, bilik khas dan banyak lagi. Semoga anak-anak SKKW akan menghayati erti kemerdekaan sebenar dan lebih mencintai negara yang kita sayangi ini.
 Hadiah pertandingan bulan kemerdekaan
Penyelaras PSS - Pn. Normi Yahya menerima hadiah tempat ke-3 pertandingan keceriaan bilik-bilik khas
Pn. S.Jamilah A.Bakar menerima hadiah ke-2 keceriaan bilik khas untuk bilik Pemulihan Khas
Juara bilik khas merdeka - Bilik Pendidikan Khas. Tahniah buat Pn. Nor Mi Aw. Nik dan guru-guru P.Khas
Panitia Pendidikan Islam menganjurkan cabutan bertuah sempena Bulan Panitia Pendidikan Islam
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...