Wednesday, October 28, 2009

Lawatan dari Bangkok

Hari ini rombongan 2 bas mengandungi 85 orang pelajar program Sarjana Pendidikan dari Universiti Bangkok ThonBuri, Thailand telah mengadakan lawatan benchmarking ke SKKW. Mereka tiba pada jam 12.30 tengah hari dalam keadaan hujan renyai. Rombongan telah disambut dengan paluan kompang, bunga manggar dan barisan pengawas yang beratur panjang. Pihak JPN dan PPD tidak dapat menghantar wakil tetapi telah menghubungi melalui telefon bertanya tentang persiapan. Menurut agen yang mengurus lawatan tersebut, selepas ini mereka akan ke Genting Highlands, Johor Bharu dan seterusnya ke Singapura. Rombongan telah dibawa ke bilik mesyuarat untuk mendengar ucapan dan menonton persembahan multimedia sebelum melawat ke sekitar sekolah. Rombongan telah meninggalkan sekolah lebih kurang pukul 2.45 petang. Semoga lawatan ini akan merapatkan lagi hubungan dua negara. Sawadikap!
 Murid-murid menyambut ahli rombongan dari Thailand
Pelawat-pelawat sibuk mengambil gambar
Jamuan disediakan di bilik Kemahiran Hidup
Cikgu Razak GB SK Cyberjaya turut sama meraikan pelawat, terima kasih Jak
Mendengar taklimat di bilik mesyuaratWakil Universiti Bangkok; Mr. Somsak memberikan ucapan dalam Bahasa Siam. Selesai, jurubahasa menterjemahkan isi ucapannya dalam B.Inggeris 
Cenderamata dari SKKW buat tetamuCenderamata dari PPD Sepang
Bergambar ramai di dewan terbuka
Wakil rombongan menyampaikan cenderamata kpd sekolah. TQ.
Bergambar dengan sebilangan murid KAFA sebelah petang

Bergambar bersama cikgu Nor Mi dan agen syarikat Annie Tour. Hari ni murid Kem 1 Malaysia pergi lawatan ke KL, tinggal khemah je kat padang tu.

2 comments:

  1. Salam, puan. Kelakar juga majlis kita tu. Umpama ayam dan itik bercakap. Nasib baik ada translater mereka. Kalau tak kita sengih kat dia sengih kat kita. What a precious experience.

    ReplyDelete
  2. Betul tu, Maria. Saya pun rasa seronok menyambut orang Siam ni. Dan juga rasa puas sebab mereka betul-betul nak tau pasal banyak perkara. Apapun tahniah kerana Maria telah menjalankan tugas sebagai mc dengan cemerlang tadi.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...