Tuesday, July 27, 2010

APC

Petang tadi berlangsung Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) peringkat daerah Sepang 2009 di Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya. Majlis telah dirasmikan oleh YBhg. Tuan Sulaiman bin Wak; Pengarah Pelajaran Negeri Selangor. Seramai 186 orang guru dan staf bukan guru sekolah-sekolah seluruh Sepang telah hadir untuk menerima anugerah masing-masing dalam majlis tersebut.
   Guru-guru SK Kota Warisan yang menerima APC tahun ini ialah Pn. Siti Zubaidah binti Masod, Ustazah Asiah binti Awang, Pn. Khairul Amizah binti Musa dan Pn. Mimi Hidayah binti Mohd Adam (GPK Koku). Tahniah kepada mereka berempat! Semoga anugerah ini akan menjadi tangkal azimat untuk mereka bekerja dengan lebih gigih dan bersemangat lagi pada masa depan. Anugerah ini juga diharapkan dapat menjadi pendorong kepada rakan-rakan yang lain agar sentiasa menjalankan tugas dengan cemerlang.
   Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada PPD Sepang kerana telah mendahului daerah-daerah lain di Selangor dalam menganjurkan majlis tahunan tersebut. Sesungguhnya tampak jelas kerjasama yang erat di kalangan semua staf PPD Sepang sehingga majlis ini telah berlangsung dengan sangat lancar dan meriah sekali.
Antara yang hadir
Barisan 4 sekawan guru-guru SKKW
Tn Pengarah JPS; Tn Sulaiman b Wak diiringi oleh Tn PPD Sepang, Tn. A. Rahman b Hj Ngit dan Tn Timbalan PPD Sepang; En Mohd Amin b Sulaiman
Di atas pentas
Ucapan aluan Tn PPD Sepang
Ucapan perasmian Tn Pengarah JPS membangkitkan motivasi kepada para hadirin
Beratur untuk naik ke pentas
Siti Zubaidah menerima anugerah
Asiah
Khairul
Mimi
Bergambar kenangan dengan GB 'favourite'
 Asiah dengan suami tersayang - ustaz Fazli
Tahniah!!!

11 comments:

  1. Salam Cikgu!! Bestnyer APC, Tahniah ya... Tinggal kenangan ajer kat saya...

    ReplyDelete
  2. Salam cikgu Yang. Mesti cikgu dah pernah dapat lebih dari sekali semasa cikgu berkhidmat dulu. Kenangan manis tu.

    ReplyDelete
  3. salam kak..
    tahniah buat guru2 anda
    hebat belaka ni..moga
    terus cemerlang..agaknya
    gaji boleh la naik lagi ni
    he he..

    ReplyDelete
  4. Gitulah Zul. Dapat APC, adalah insentif kewangan. Bolehlah belanja buat beraya nanti.

    ReplyDelete
  5. Tahniah...tahniah buat semua guru2 yg berjaya. Semoga mendapat imbuhan dunia dan akhirat.

    ReplyDelete
  6. Salam Pn GB,tahniah...
    rezeki sya tahun lepas dapat APC..Alhamdulillah...

    ReplyDelete
  7. Tabik, GB 'favourite' dan tahniah kepada penerima APC.Wah, nampaknya Pn Aida GB Blogger yang aktif. tentu famous di kalangan warga pendidik di Sepang (Selangor?).

    ReplyDelete
  8. Salam ssibu. Tahniah pernah dapat APC. Saya masih menunggu. Apapun bukan itu yang dikejar..

    Salam kak Nora. Perasan 'favourite'lah pulak. Syok sendiri tu penting untuk memotivasikan diri hehe. GB blogger yang aktif di kalangan warga SKKW - itu dah pasti. Bila depa nak bagi saya anugerah tu ya?

    ReplyDelete
  9. tahniah pd yg berjaya ..
    semoga menjadi ikutan pada yg lain2nya..

    ReplyDelete
  10. Betul tu Lana. Kecemerlangan adalah ikutan yang dituntut

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...