Thursday, July 1, 2010

Konvensyen GMGBM

Sebagai Setiausaha MGB Daerah Sepang sekaligus Exco MGB Negeri Selangor, saya telah berkesempatan menghadiri Konvensyen Pendidikan Kebangsaan Guru Besar Malaysia ke-16 dan Persidangan Perwakilan Gabungan MGB Malaysia (GMGBM) ke-28 yang diadakan di Hotel Heritage, Ipoh, Perak. Majlis berlangsung selama 4 hari mulai 27 hingga 30 Jun 2010.
   Tema tahun ini adalah "Guru Besar Pembina Negara Bangsa". Tahniah kepada JPN dan MGB Perak kerana telah berjaya menganjurkan konvensyen yang begitu besar ini. (Pengerusi MGB Perak ni kawan UPSI saya - tahniah Tn. Hj. Arshad b. Mohamad @ Pak Chat). Diharapkan semoga persidangan dan konvensyen ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh peserta-peserta dalam menyampaikan buah fikiran yang membina ke arah memartabatkan profesion keguruan di negara ini.

Hari 1 : 27 Jun 2010 (Ahad)
Pergi Ipoh 2 kereta. Berhenti Tapah makan tengah hari
Singgah makan durian
Petang : Ke rumah baru Suhaimi dengan Ramlee dan Sufyan
Malam : Taklimat perjalanan konvensyen oleh YDP MGB Perak - Pak Chat
Lepas taklimat, bergambar di luar cafe hotel
Makan dengan member-member MGB Selangor di pekan Ipoh

Hari ke-2 : 28 Jun 2010 (Isnin)
 Bergambar atas pentas utama dengan teman sebilik; kak Salmah
Dengan Pak Chat
Dengan Khoo (rakan UPSI)
Khoo yang tetap anggun
Duduk tepi
Ucaptama persidangan oleh Tn Sri Dato' Hj. Alimuddin b. Hj. Mohd. Dom KPPM
Ketibaan YB Dr. Hj. Mohd. Puad b. Zarkashi, Timbalan Menteri Pelajaran
Hj. Ahmad Hulmi b. Hj. Ismail (juga rakan UPSI) - Timbalan YDP GMGBM  mengiringi Timbalan Menteri Pelajaran
Ucapan perasmian oleh YB Dr.
YB berangkat balik. Khoo menyambut dengan senyuman manis
Ahli panel forum - YBhg Tan Sri Dato' Dr. Jins Shamsuddin dan YBhg. SS Tan Sri Dato' Seri Dr. Harussani b. Hj. Zakaria (Mufti Negeri Perak)
Bergambar dengan Jins Shamsuddin
Tipah, kak Ainon dan En. Hasim pun nak bergambar juga
Dengan Rahim (kawan UPSI) masa break
 Jamuan Makan Malam di Kediaman Menteri Besar Perak - YAB Dato' Seri Zambri b. Abd. Kadir
Bergambar dengan Hj. Halim YDP MGB Selangor yang akan bersara dan rakan-rakan
Dengan kak Salmah di depan pentas
En. Shaharudin dan Nor Azmi dengan baju 1 Malaysianya
Menunggu majlis bermula
Persembahan kebudayaan
 Ucapan MB Perak

Hari ke-3 : 29 Jun 2010 (Selasa)
 Mavi Marmara : Pengalaman Bermakna oleh En. Al-Hilmi b. Suhaimi, Penolong Pengarah Pengurusan Pendidikan Islam JPN Pulau Pinang.
Sangat menarik dan mengesankan
Perkongsian ilmu oleh Pengetua dan GB Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT)
Pembentang 1 - Pn. Latifah bt. Mahfod
Pengetua SM Aminudin Baki, K.Lumpur
 Pembentang 2 - Pn. Fauziah bt. Hassan
Guru Besar SK Bandar Uda 2, Johor Bahru
Pembentang 3 - Pn. Zakiah bt. Ghazali
Guru Besar SK Convent Kota, Taiping
Bergambar dengan Guru-Guru Besar WP Labuan
Bergambar dengan En. Abdol Sappar b. Hj. Awang Damit; GB saya masa di SK Bukit Kalam, Labuan 1996. Kini YDP MGB WP Labuan
Bersama kak Salmiah bt. Hashim - YDP MGB WP Putrajaya
Dengan Hulmi
Pembentangan Modal Insan Berkualiti Melalui P & P Cemerlang oleh Dato' Misrah b. Hj. Ibrahim, Ketua Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti KPM
Hulmi pengerusi pembentangan
Petang : Bersama perwakilan Selangor semasa Persidangan Perwakilan Kebangsaan
Rahim dok depan barisan Exco GMGBM
Norhamshah suka gambar kandid
Malam : Suhaimi, Khoo dan Chin belanja saya, Rahim, Ramlee dan Sufyan makan di Assam House
Terima kasih gang Ipoh
Small reunion member UPSI
Balik hotel tengok pertandingan karaoke
Hj. Mohd. Adzhar b. Hj. Alias YDP MGB Kuala Selangor satu-satunya wakil Selangor
Menyumbangkan suara semasa acara selingan

Hari ke-4 : 30 Jun 2010 (Rabu)
Hari ini biru pulak
Kak Zalijah dan kak Rabiyah Petaling Perdana
Pembentangan kertas kerja NKRA dan SBT oleh Dato' Hjh. Noor Rezan bt. Bapoo Hashim, Timbalan KPPM, Sektor Operasi Pendidikan KPM
Bersemangat dan serius dalam mesra
Sebahagian perwakilan Selangor bergambar kenangan
Majlis perasmian penutup
Ucapan YDP GMGBM - Hj. Ruslan b. Madon
Ucapan perasmian oleh En. Abdullah b. Mohd. Yunos
Timbalan Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Harian KPM
Hj. Rosman b. Painudy MGB K.Langat menerima hadiah tempat ke-3 pertandingan bowling
Hj. Adzhar dapat tempat ke-4 karaoke. Tahniah!
   Secara keseluruhannya, persidangan dan konvensyen kali ini boleh dikatakan sangat berjaya. Walaupun ianya diadakan di hotel yang sederhana akibat kekurangan peruntukan, tetapi majlis berjalan lancar. Kalau adapun kekurangan di sana-sini, langsung tidak mencacatkan perjalanan majlis. Sekalung tahniah diucapkan kepada MGB Perak. Insya Allah tahun depan jumpa di Pahang pula. 

Lagi berita Konvensyen GMGBM sila klik di sini

5 comments:

  1. Salam Aida..

    Seronoknya makan durian.

    Betul2 seronok jumpa En Rahim tu.. sampai 3 kali gambar yang sama keluar! :)

    ReplyDelete
  2. salam kak..
    nampak sedap
    jer buah durian
    kampung tu..he he

    ReplyDelete
  3. Salam kakciks dan Zul. Memang dah lama tak makan durian. Sedap !!!

    ReplyDelete
  4. Salam cikgu..semalam g sekolah anak..hari tanda kaSih..

    ReplyDelete
  5. Salam en. Relevan. Sedap dan lembut nama program tu. Moga anak-anak tak tertekan

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...