Sunday, July 25, 2010

Program TM

Hari ini berlangsung Majlis Penyampaian Pakej Jalur Lebar TM dengan Komputer 1 Malaysia peringkat MSC anjuran TM dengan kerjasama Penggerak Belia Tempatan Zon Kota Warisan di Surau Al-Hijrah, Kota Warisan. Banyak acara telah disusun bagi memeriahkan majlis. Pihak sekolah telah diberi tanggungjawab untuk mengendalikan acara pertandingan mewarna dalam program tersebut. Daripada 155 penyertaan, sebanyak 40 lukisan terbaik telah dipilih untuk menerima hadiah.  Selain itu, anak-anak murid SKKW juga terlibat dalam acara sukaneka yang juga menawarkan hadiah yang menarik.
   Majlis telah dirasmikan oleh Pegawai MARA Sepang; En. Fauzan bin Mulim. Orang ramai telah hadir seawal jam 8.00 pagi mendaftar pakej jalur lebar TM tersebut yang menawarkan netbook percuma kepada yang layak. Pihak sekolah ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada pihak TM yang telah sudi menyumbang buku-buku kepada Pusat Sumber Sekolah. 
   Tahniah kepada urusetia yang diketuai oleh En. Yusharizal kerana telah menguruskan program yang sangat bermanfaat ini. Semoga program ini akan merapatkan lagi jurang digital di kalangan rakyat kerana tidak dapat dinafikan lagi IT memainkan peranan yang sangat penting dalam urusan ekonomi, pendidikan serta sosial masakini. Terpulanglah kepada kita serta para ibu bapa untuk memastikan dan memantau penggunaan IT tersebut agar tidak disalahgunakan.
Banner makluman program
Program dijalankan di perkarangan surau
Beratur sebelum pertandingan mewarna
Ambil tempat
Senyuman cute
Si ayah tolong tulis nama anaknya
Guru-guru mengedarkan warna kepada yang tidak membawa warna
Berucap sikit sebelum memulakan pertandingan
Macam-macam gaya mewarna
Terima kasih Rizz, Ayuna, Asiah, Ju dan Hani yang telah hadir membantu mengendali pertandingan mewarna
Keluarga Faizah
Van bergerak TM
 Orang ramai mengerumuni kaunter TM
Bersama En. Ruzaidi - anggota polis Kota Warisan
Sukaneka murid-murid tadika
Tunjukcara Isi Air Dalam Botol
Bertanding dengan penuh semangat kesukanan
Sejenak bersama bluehyppo
 Kelas menjahit manik pun ada
Cikgu jahit manik - Laila Ahmad dari Pusat Giat Mara
Peserta mewarna bersedia untuk penyampaian hadiah
Bersama Pn. Hasdarina Hassan - Pen. Pengurus Besar Jualan Pejabat Telekom Tempatan (PTT) MSC
Tempat ke-3 Tahap 1 - Afrina Zafirah
Tempat ke-2 Tahap 1 - Nur Azreen
Johan mewarna Tahap 1 - Dalili Kamilia
Pn. Hasdarina menyampaikan hadiah kepada pemenang tempat ke-3 pertandingan mewarna Tahap 2 - Ain Nurhannani
Tempat ke-2 Tahap 2 - Siti Nur Nabilah
Juara Tahap 2 - Nur Juzailah
Bersedia sukaneka Lari Dalam Guni
 Berlari sambil melompat
Meraikan kejayaan
Bersedia acara mumia ibubapa dan anak
Sibuk membalut mumia masing-masing
Para mumia mengadap pengadil
 Menunggu tetamu kehormat
Sebahagian hadirin
Ketibaan En. Fauzan bin Mulim - Pegawai Mara Sepang
Juruacara majlis - suaranya punya nilai komersil
 Ucapan alu-aluan Pn. Hasdarina
Ucapan perasmian En. Fauzan
Penyerahan netbook percuma kepada 20 pendaftar terawal
Bergambar dengan netbook percuma masing-masing
Terima kasih TM atas sumbangan buku untuk PSS SKKW
Penyampaian sijil kehadiran kelas menjahit manik
Serba oren - terima kasih tuan Fauzan!
Bluehyppo dikerumuni kanak-kanak
Sarjan Major Murtadza dari IPD Sepang menyampaikan hadiah kepada pemenang sukaneka
Last but not least : jamuan

12 comments:

  1. Jangankan anak2, para guru pun ikut seronok walaupun penat, kan? :)

    ReplyDelete
  2. salam kak..
    ermmm..rezeki jangan di tolak
    orang nak bagi..terima je lah..
    hu hu..

    ReplyDelete
  3. Salam kakcik... Enjoy ikut program-program sebegini.

    Salam Zul... Terima kasih daun keladi, di lain masa bagi le lagi.

    ReplyDelete
  4. Kak Aida..Betul tu..rezeki..rezeki...

    Tak join alumni cliffordian Lipis 31 Julai ni? Terbuka utk semua ex cliffordian..

    ReplyDelete
  5. Salam PSilam. Buat kat mana alumni tu? Ada kawan beritau tapi tak taulah dapat join ke tak..

    ReplyDelete
  6. Tahniah, pesta sakan nampaknya. TM juga sdg melobi untuk sambung kontrak SchoolNet ttpi KPM sdg mempertimbangkan alternatif lain daripada pembekal jalur lebar lain.

    ReplyDelete
  7. nampak meriah je majlis tu.. semuga mencapai matlamat..

    salam kenal.. kunjungan balas..

    ReplyDelete
  8. Salam Faris. Elaoklah tu tukar pembekal lain pula. Semoga perkhidmatan lebih baik.

    Salam Zino. Tkasih sudi singgah. Perancangan yang baik sudah pasti akan membolehkan segala matlamat tercapai. Begitulah biasanya.

    ReplyDelete
  9. Meriah program TM ni ye cikgu..tentu ada banyak pakej yang istimewa dari TM..

    ReplyDelete
  10. Salam relevan. Meriah memang meriah, pakej istimewa hanya untuk orang istimewa dan layak...

    ReplyDelete
  11. Assalamualaikum kak Aida,
    Tempat akak ni sentiasa meriah dengan program, seronoknya...

    ReplyDelete
  12. Gitulah nampaknya LLady. Tapi rasanya kat tempat Llady pun tak kurang juga meriahnya kan.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...