Sunday, July 17, 2011

Tahniah Hadi!

Tahniah buat anak murid SKKW - Hadi Hafizudin bin Abd. Hakim dari Tahun 6 Ikhlas kerana telah berjaya mendapat tempat ke-4 dalam Knowledge Discovery Spelling Competition Selangor State Level pada hari Jumaat 15 Jun 2011 yang lalu bertempat di SK Rasa, Hulu Selangor. Hadi telah menewaskan 46 peserta lain yang mewakili 10 daerah dalam negeri Selangor, di mana setiap daerah menghantar 5 orang peserta. Selain Hadi, seorang lagi anak murid SKKW - Tsara Irdina binti Himily Hairul juga telah terpilih mewakili daerah Sepang tetapi telah tewas pada peringkat awal lagi. Jangan putus asa Tsara, cuba lagi tahun depan.
   Nasib tidak menyebelahi Hadi kerana hanya 3 orang peserta teratas sahaja yang layak mewakili negeri Selangor ke peringkat kebangsaan. Apa nak kata, tak ada rezeki. Namun sesungguhnya kami guru-guru dan warga SKKW sangat berbangga dengan kejayaan ini. Semoga Hadi akan lebih berjaya pada masa depan. Congratulations! Jom layan gambar-gambar lama semasa pertandingan Spelling peringkat daerah Sepang yang diadakan di SKKW pada bulan April yang lalu
Hadi smart and confident 
Kenangan Hadi semasa menerima hadiah pemenang tempat ke-5 peringkat daerah hari tu
5 orang peserta yang mewakili Sepang ke peringkat negeri - Tsara no. 2 daerah ketika itu

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...