Tuesday, July 5, 2011

Larian 1M 1S 1M

Pada hari Sabtu yang lepas bersamaan 2 Julai 2011, SKKW telah mengadakan Larian Serentak 1 Murid 1 Sukan 1 Malaysia. Seramai lebih 130 orang ibu bapa dan masyarakat setempat telah mendaftar dan berlari bersama murid-murid dan guru-guru. Larian ini diadakan bersempena dengan pelancaran 1 Murid 1 Sukan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin yang juga Menteri Pelajaran di Taiping. 
   Larian Serentak 1 M 1 S 1 M ini antara lain bertujuan memupuk budaya sukan di kalangan murid sekolah serta mempertingkatkan kesedaran masyarakat terhadap penyertaan murid dalam aktiviti sukan. Selain acara larian, acara-acara yang turut diadakan adalah senamrobik, pertandingan mewarna dan penyampaian hadiah pertandingan mewarna. Kesemua peserta akan menerima sijil yang ditandatangani oleh YAB TPM.
Siaran tv di dewan mengenai pelancaran 1 Murid 1 Sukan
Backdrop program semalam belum buka lagi
Guru-guru mengambil kedatangan murid
Ibu bapa menunggu program bermula
Pendaftaran ibu bapa
Fairuz mengacarakan majlis
Ada gaya tak?
Senamrobik dikendalikan oleh cikgu Abu
Bersenam beramai-ramai
Ibu bapa pun turut bersenamrobik
Di pintu pagar bersama Lans Kop. Ali Zamri
Bersama banner
Guru-guru yang ceria
Pengawal operasi
Semua dah sedia???
Satu... dua...
Priiiittt....
Murid Tahap 2 pulak
Bergambar jap dengan Rizzawati dan anak murid Pend. Khasnya
Zul jaga trafik
Kawalan lalulintas oleh pihak polis
Nan berbaju merah
Berehat sebentar selepas penat berlari
Tahap 2 baru sampai - jarak mereka jauh sikit
Gelagat Din memimpin senaman berirama
GB dan GPK Koku join sekali
Murid-murid enjoy
Abu pulak
Pn. Asnah ceria
Para ibu yang sporting di atas pentas
Edy tumpang semangkuk
Gerai air PIBG dan Pend. Khas
Rohaizat dengan sketsanya
Ibu-ibu cun

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...